Skip to main content

Hiburan

Permintaan Aneh Jared Leto Di Lokasi, Minta Nelayan Tangkap Ikan Segar Setiap Hari

Menurut laporan Page Six, bintang berusia 54 tahun itu didakwa meminta agar tiada sesiapa daripada barisan pelakon mahupun kru produksi bertentang mata dengannya sepanjang berada di set penggambaran.

Sekilas

  • Jared Leto dilaporkan membuat permintaan luar biasa semasa penggambaran filem Tron: Ares, termasuk tidak bertentang mata dengan sesiapa dan hanya makan ikan segar yang ditangkap setiap hari.
  • Pelakon itu dikatakan mengamalkan method acting dengan tidak bercakap di luar watak sepanjang penggambaran dan tidak menunjukkan kelakuan tidak wajar terhadap kru produksi.
  • Leto sedang menafikan dakwaan salah laku seksual yang dibangkitkan dalam dokumentari BBC, melibatkan beberapa wanita yang mendakwa menjadi mangsa antara tahun 2002 hingga 2016.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi terkenal, Jared Leto, dilaporkan membuat beberapa permintaan luar biasa ketika menjalani penggambaran filem Tron: Ares tahun lalu.

Menurut laporan Page Six, bintang berusia 54 tahun itu didakwa meminta agar tiada sesiapa daripada barisan pelakon mahupun kru produksi bertentang mata dengannya sepanjang berada di set penggambaran.

Advertisement

Bukan itu sahaja, sumber sama turut mendakwa Leto yang ketika itu mengamalkan diet hanya memakan ikan, meminta pihak produksi mendapatkan seorang nelayan bagi menangkap dan menyediakan ikan segar untuknya setiap hari.

Bagaimanapun, sumber tersebut memaklumkan pihak studio akhirnya tidak mengupah nelayan sepenuh masa, namun dikatakan cuba mencari jalan bagi memenuhi permintaan berkenaan.

Dalam masa sama, sumber itu menegaskan Leto tidak pernah berkelakuan tidak wajar terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam produksi filem tersebut. Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, pihak publisiti bintang itu belum memberi sebarang kenyataan rasmi terhadap dakwaan sumber.

Leto yang memegang watak utama sebagai Ares dalam filem terbaharu francais Disney itu juga didakwa kekal dengan pendekatan lakonan metod (method acting), apabila enggan bercakap di luar karakter sepanjang tempoh penggambaran.

Pendedahan itu muncul ketika pelakon yang juga vokalis kumpulan Thirty Seconds to Mars tersebut masih menafikan dakwaan salah laku seksual berasingan yang dibangkitkan menerusi sebuah dokumentari BBC yang diterbitkan baru-baru ini.

Beberapa wanita yang menggunakan nama samaran menceritakan menjadi mangsa salah laku seksual dengan Leto terjadi antara tahun 2002 dan 2016, ketika mereka berusia antara 16 dan 18 tahun dan Leto berusia 30-an dan 40-an. Seorang wanita juga mendakwa Leto melakukan salah laku seksual terhadapnya di kamar mandi motel ketika dia baru berusia 17 tahun pada tahun 2002.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement