Skip to main content

Hiburan

Pernah 30 Kali Gagal Casting, Chech Harith Syukur Dapat Terajui Kudrat 1968 - “Kali Ke-31 Baru Berjaya”

Chech Harith

Sekilas

  • Chech Harith berjaya mendapat peranan dalam filem Kudrat 1968 selepas 30 kali gagal dalam sesi casting.
  • Chech berkongsi bahawa kegigihan dan inspirasi daripada pelakon Hollywood Mark Ruffalo membantunya tidak berputus asa dalam mengejar impian lakonan.
  • Filem Kudrat 1968 adalah prekuel kepada siri Projek: High Council dan menampilkan enam pelakon utama termasuk Chech Harith.
Advertisement

Pelakon baharu yang kini membintangi filem Kudrat 1986 iaitu Chech Harith meluahkan rasa teruja dan terharu apabila terpilih menjadi salah seorang pelakon bagi filem berkenaan yang bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Lebih bermakna apabila Chech memaklumkan bahawa peluang tersebut hadir selepas dirinya gagal 30 kali gagal dalam sesi casting sebelum akhirnya membuahkan hasil.

Advertisement

Kongsi Chech, dia tidak pernah berputus asa meskipun melalui fasa kegagalan kerana merasakan tempoh itu mengajarnya sesuatu untuk memperbaiki diri.

“Saya hadiri ke sesi open casting, kepada mcall back’ dan ke peringkat seterusnya.

“Saya pun sebenarnya tak menyangkakan apa apa pun waktu casting itu. Saya tak tahu pula saya dapat call back, saya tak tahu pula yang akhirnya saya akan berada di sini.

“Jumlah keseluruhan saya pernah pergi adalah sebanyak 30 sesi casting. Dan kali ke-31 ini baru saya berjaya.

“Selama 30 sesi casting ni saya belajar banyak benda untuk saya improve dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Chech berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi perkenalan barisan pelakon filem Kudrat 1968, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai perasaannya selepas menjadi salah seorang pelakon Kudrat 1968, Chech meluahkan rasa bersyukur dan merasakan tanggungjawab besar mula hadir dalam dirinya.

“Sejujurnya saya rasa bersyukur sangat. Kemudian, datang satu perasaan tanggungjawab dan pada awalnya saya rasa overwhelmed.

“Tapi lama-kelamaan dengan sokongan kawan-kawan serta pihak produksi, akhirnya saya dapat menyesuaikan diri. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Ditanya apakah faktor membuatkan dirinya tak pernah mengalah, Chech berkongsi bahawa dia menjadikan kisah pelakon Hollywood iaitu Mark Ruffalo sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk mengejar cita-citanya dalam bidang lakonan.

“Saya pernah baca satu artikel mengenai Mark Ruffalo. Dia pergi beratus-ratus kali sesi casting kemudian barulah dia dapat watak dalam sebuah filem. Itu yang menjadi pembakar semangat saya untuk tak pernah mengalah.

“Saya rasa macam usaha tak pernah mengkhianati hasil. Itu apa yang saya pegang,” ujarnya.

Justeru, Chech menitipkan pesan kepada mereka di luar sana untuk tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka.

“Jangan mengalah, rileks. Be adaptive, be versatile. Bila orang tegur, ambil teguran itu, bentukkan lagi.

“Bentukkan lagi, bentukkan lagi sampailah anda dapat tempat di dalam industri ini,” kongsinya.

Sekadar info, Chech diperkenalkan sebagai salah seorang dari enam pelakon utama bagi filem Kudrat 1968.

Kudrat 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.

Selain Chech, filem itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Evertts Gomes, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement