Skip to main content

Hiburan

Pernah Alami Kejutan Budaya Ketika Populariti Naik Mendadak, Kesabaran Arwah Isteri Buat Jalaluddin Hassan Berubah - “Dia Sangat Baik, Tak Pernah Complain”

Jalaluddin Hassan

Sekilas

  • Datuk Jalaluddin Hassan pernah mengalami kejutan budaya apabila popularitinya meningkat dan dikelilingi pelbagai godaan, namun isterinya, Datin Hashimah Aksan, tetap setia dan tidak merungut.
  • Jalaluddin sedar kesilapan diri dan berjanji untuk berubah serta menghargai isterinya sehingga pemergian Hashimah pada 2016 akibat komplikasi pembedahan jantung.
  • Selepas tempoh sukar, Jalaluddin berkahwin semula dengan Rapidah Abdul Ghani pada 2017 dan kini sentiasa bersama isteri baharunya.

Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan mengakui pernah berada di fasa mengalami kejutan budaya sewaktu popularitinya meningkat secara mendadak sehingga dirinya dikelilingi pelabagai jenis godaan.

Meskipun begitu, Jalaluddin mendedahkan bahawa arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan tidak pernah merungut dan sentiasa setia di sisinya sehingga membuatkan dirinya mula sedar akan kesilapan diri.

“Saya percaya dalam perjalanan kerjaya seni ini, Allah dah tentukan saya seorang pelakon yang polular masa itu.

“Bayangkan saya punya kejutan budaya ketika itu macam mana? Isteri saya pada ketika itu macam mana? Sebab saya ada girlfriend ramai.

“Tiba-tiba saya mula sedar apa yang saya buat ini salah.
Sebab isteri saya sangat baik, tak ada complain walaupun semua orang tengah bergosip tentang saya,” kongsinya.

Jalaluddin berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast Studio Sembang yang dikendalikan pelakon dan pengacara, Amelia Henderson.

Sejak itu, Jalaluddin mula mengambil keputusan untuk berhenti dari melakukan apa-apa perkara yang boleh melukan hati isterinya.

“Lepas dari itu, saya fikir kena hentikan semua ini. Saya cakap dengan arwah isteri, ‘Saya tahu saya lukakan hati awak, jadi mulai hari ini saya akan berubah, jaga awak dan perasaan awak’.

“Dan semua ini saya buat sampai isteri saya meninggal.
Saya betul-betul belajar menghormati dan menghargai seorang isteri.

Berkongsi lanjut, Jalaluddin memaklumkan dia kemudiannya melalui tempoh yang agak sukar dalam hidup selepas pemergian isteri tercintanya itu.

“Bila isteri saya meninggal, saya macam orang gila.
Kemudian saya ditakdirkan bertemu dengan isteri baharu, jadi saya ada kekuatan itu.

“Dan sejak dari itu, saya akan bersama isteri kemana sahaja saya pergi,” katanya lagi.

Sekadar info, Hashimah meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung pada 4 November 2016.

Jalaluddin kemudiannya berkahwin dengan Rapidah Abdul Ghani pada 12 November 2017.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement