Skip to main content

Hiburan

Pernah Berdepan Insiden Melibatkan Anak Di Tempat Awam, Nadiya Nisaa Pilih Tak Aktif Media Sosial - “Ada Seorang Individu…”

Nadiya Nisaa

Sekilas

  • Nadiya Nisaa tidak aktif di media sosial dan tidak mempunyai akaun Threads kerana kekangan masa, bukan kerana platform itu dianggap toksik.
  • Dia menggunakan media sosial hanya untuk urusan kerja dan memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi, terutama mengenai anak-anaknya, selepas satu insiden tidak menyenangkan.
  • Nadiya adalah pelakon utama dalam drama Bidadari Tanpa Syurga yang kini ditayangkan di platform Viu.

Pelakon Nadiya Nisaa memaklumkan bahawa dia sememangnya tidak begitu aktif menggunakan meda sosial malah tidak mempunyai platform Threads seperti kebanyakkan selebriti yang lain.

Ujar pemilik nama Nadiyatul Nisaa Kamaruddin itu, faktor kekangan masa adalah punca mengapa dirinya memilih tidak membuka akaun Thread, dan bukanlah kerana dakwaan platform tersebut yang dikatakan sebagai toksik oleh sesetengah pihak.

"Ketiadaan saya di aplikasi Threads sama sekali bukan kerana saya menganggap ruang tersebut sebagai sebuah platform yang toksik.

“Malah, saya sendiri tidak begitu pasti tentang corak persekitaran semasa di sana, sama ada ia lebih ke arah positif mahupun negatif.

"Faktor utamanya hanyalah kekangan masa. Kalau diperhatikan, akaun Instagram dan TikTok saya pun amat jarang dikemas kini.

“Jadi, untuk memikul tanggungjawab menguruskan pelbagai akaun media sosial secara serentak adalah sesuatu yang menuntut komitmen masa yang terlalu besar buat saya ketika ini," katanya kepada Gempak.

Nadiya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana Viu Original, Bidadari Tanpa Syurga di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercerita lanjut, pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Adam & Hawa ini menegaskan bahawa kesemua platform media sosial miliknya adalah khusus untuk urusan kerja, seperti mempromosikan filem, drama, atau projek terbaharu.

Ujarnya, pendekatan itu diambil selepas berlakunya satu insiden ketika awal pembabitannya dalam bidang seni satu ketika dahulu.

“Sebenarnya ada satu kejadian seorang individu secara melulu mendukung anak lelaki saya di sebuah pasaraya. Ia berlaku secara tiba-tiba hingga saya tidak mampu berbuat apa-apa. Waktu saya sedang menolak barangan dapur.

“Walaupun dia sekadar berniat untuk beramah mesra tetapi perbuatan menyentuh anak saya tanpa kebenaran itu agak mengejutkan.

“Mungkin itu antara faktor saya jarang berkongsi kehidupan harian terutama anak-anak. Suami saya pula seorang yang introvert, jadinya tiada keperluan untuk kami memuat naik gambar keluarga di media sosial,” ujarnya.

Ditanya mengenai stigma segelintir penerbit yang mahukan pelakon dengan pengikut yang sama, Nadiya berpendapat bahawa masih ramai penerbit yang memilih kualiti kerja berbanding kuantiti pengikut di media sosial.

“Saya tidaklah seperti artis lain yang setiap hari memuat naik konten berkaitan hal karier seni. Boleh dikatakan perkongsian saya pun boleh dikira sebulan sekali saja.

“Ramai kawan baik ada menegur dan bergurau nak tunggu saya kongsi gambar di Instagram atau TikTok pun mungkin lagi lapan bulan.

“Apa pun semuanya berbalik kepada rezeki. Tak semestinya kena ada pengikut yang ramai. Tapi saya tiada masalah pun nak promosikan produk saya dalam media sosial, saya ikut saja apa yang dinyatakan dalam kontrak lakonan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nadiya merupakan salah seorang pelakon utama drama Bidadari Tanpa Syurga yang mula ditayangkan di platform penstriman atas talian Viu.

Drama bersiri 12 episod arahan Jamal Khan itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syad Mutalib, Lorenzo Irmann, Idzham Ismail dan Shahronizam Noor Ismail.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement