Skip to main content

Hiburan

Pernah Buta Sementara Akibat Terkena Bulu Tangkis, Tracie Sinidol Belajar Untuk Lebih Bersyukur - “Pengalaman Itu Saya Gunakan Dalam Malaikat Malam”

Tracie Sinidol

Sekilas

  • Tracie Sinidol pernah mengalami buta sementara pada mata kiri akibat terkena pukulan bulu tangkis ketika bermain badminton dua tahun lalu.
  • Pengalaman itu digunakan Tracie untuk membawakan watak Ratna, seorang gadis kurang upaya cacat penglihatan, dalam filem terbaharunya, Malaikat Malam.
  • Filem Malaikat Malam arahan Nazifdin Nasrudin akan ditayangkan di pawagam terpilih seluruh negara mulai 26 Mac ini.

Pernah berdepan situasi buta sementara pada mata sebelah kiri, pelakon, Tracie Sinidol menggunakan pengalaman tersebut untuk menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya yang berjudul Malaikat Malam.

Bercerita mengenai pengalamannya itu, Tracie memaklumkan kejadian tersebut berlaku selepas mata kirinya terkena pukulan bulu tangkis ketika bermain badminton sekitar dua tahun lalu.

“Saya pernah berdepan satu situasi di mana penglihatan mata belah kiri akibat terkena bulu tangkis ketika bermain badminton.

“Waktu terkena bulu tangkis, ‘benda’ terakhir yang saya nampak adalah seperti satu pancaran cahaya berwarna putih yang sangat terang.

“Saya sangat gementar sebab penglihatan mata belah kiri saya memang hilang sampaikan saya terfikir adakah saya akan benar-benar buta sebelah mata.

“Bila ke hospital, doktor memang cakap ada kecederaan dan saya akan berdepan buta sebelah mata buat sementara waktu.

“Selepas seminggu, saya dapat melihat semula tetapi sepanjang proses untuk sembuh, saya merasai pengalaman bagaimana mereka yang kurang upaya rasai dan dari pengalaman itulah saya guna pakai untuk bawa karakter dalam filem ini,” katanya kepada Gempak.

Berkongsi mengenai karakter Ratna yang dipegangnya, Tracie merasakan ia satu pengalaman yang cukup bermakna untuknya.

“Ini satu pengalaman baharu dan bermakna buat saya tapi waktu dapat tawaran saya berasa teruja dan gementar juga.

“Saya terfikir kalau-kalau tak dapat sampaikan kepada penonton sebab bukan senang nak bawa karakter ini.

“Sebab selama ini, bila berlakon kita akan ada ‘eye contact’ dengan pelakon lain tapi kali ini hanya menggunakan pendengaran saja,” kongsinya.

Bercerita lanjut, juara program Dewi Remaja 2022 itu menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu teguran untuk dirinya terus bersyukur dengan segala apa yang dimiliki.

“Pengalaman itu juga sangat menyentuh hati saya sebab selama ini kebanyakkan dari kita seakan ambil remeh dengan apa yang kita ada.

“Bila sesuatu nikmat itu sudah ditarik barulah kita nak belajar menghargai. Pengalaman itu juga sedikit sebanyak mengajar saya erti bersyukur,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tracie memegang watak sebagai Ratna yang merupakan seorang gadis kurang upaya cacat penglihatan.

Selain Tracie, filem yang mendapat sentuhan pengarah baharu, Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Que Haidar, Amir Nafis, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Sekadar info, filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement