Skip to main content

Hollywood

Pernah Dikritik, Radiohead Tak Akan Buat Persembahan Di Isra*l

radiohead

Vokalis band terkenal dunia, Thom Yorke memberitahu Radiohead tidak akan membuat persembahan di Isreal pada masa akan datang.

Radiohead pernah membuat persembahan di Tel Aviv pada 2017. Namun penampilan Radiohead telah menuai kritikan tajam dalam kalangan pemuzik yang mendesak mereka tidak tampil di Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman mereka.

Advertisement

Hal yang demikian membuat kehadiran mereka di Israel dikawal rapi.

“Saya tidak mahu berada 5,000 kilometer atau berdekatan dengan rejim Netanyahu, tapi Jonny berasal dari sana,” ujar Yorke kepada surat khabar The Sunday Times.

Jonny Greenwood adalah pemain gitar utama Radiohead yang berkahwin dengan seniman asal Israel.

Saat itu, penampilan Radiohead ditentang oleh kelompok yang memboikot Isreal antaranya disertai pemuzik seperti Roger Waters dan Thurston Moore.

Setelah melalui pengalaman membuat persembahan dalam suasana tegang dan menuai perdebatan berpanjangan, Yorke 
berasa tidak mahu kembali beraksi di sana.

Yorke juga menyifatkan pemerintahan Benjamin Netanyahu sangat ekstrem dan perlu dikawal serta kekejaman yang dilakukan perlu dihentikan.

Must-Watch Video

Advertisement