Skip to main content

Hiburan

Pernah Dilamar Sertai Gegar Vaganza, Jai Wahab Terpaksa Tolak Sebab…

Astrogempak JAI WAHAB

Sekilas

  • Jai Wahab pernah ditawarkan untuk sertai Gegar Vaganza tetapi menolak demi menunaikan ibadah umrah.
  • Beliau kini sudah meninggalkan dunia nyanyian selepas berpengalaman sebagai penyanyi, penulis muzik, dan penerbit.
  • Jai memilih untuk fokus pada misi dan inisiatif lain yang lebih besar daripada kerjaya seni.

Penyanyi kelahiran Singapura, Jai Wahab mendedahkan dirinya pernah menerima tawaran untuk menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza, namun memilih untuk menolaknya demi menunaikan ibadah umrah.

Menurut Jai, keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu memberi keutamaan kepada urusan akhirat berbanding dunia hiburan.

“Dulu Alhamdulillah saya merupakan seorang penulis muzik, penyanyi dan penerbit tapi tu dulu dan sekarang saya dah tinggalkan bidang seni. Saya pernah buat AIM dan APM jadi itu adalah satu wadah yang menaikkan nama sama dalam industri seni. Saya dulu sebaris dengan arwah Siti Sarah, Hazama dan Misha Omar. Tapi saya tak berani sangat.

“Saya juga pernah diundang untuk menyertai Gegar Vaganza tapi tahun itu saya pergi menunaikan ibadah umrah. Saya pilih akhirat,” katanya kepada Gempak. 

Jai berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Karva Travel & Tours yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam masa sama, Jai turut mengakui tidak akan menerima untuk menyertai pertandingan tersebut sekiranya masih ada tawaran buatnya. 

Jelas Jai, dia kini sudah meninggalkan dunia nyanyian selepas melalui pelbagai pengalaman sepanjang bergelar anak seni.

“Saya tak terima sebab saya dah tinggalkan dunia nyanyian. Sebab saya dah laluinya dan dapat peluang berkarya bersama teman-teman seperjuangan. Saya pernah bekerja dengan Adnan Abu Hassan dan juga producer muzik yang hebat. 

“Dulu pernah juga tulis lagu-lagu untuk rakan artis tapi sekarang saya rasa inisiatif dan misi ini lagi besar untuk saya tanggung,” ujarnya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement