Skip to main content

Indonesia

Pernah Dipenjara 7 Tahun, Pelakon Lelaki Ditangkap Lagi Kerana Dadah

Pernah Dipenjara 7 Tahun, Pelakon Lelaki Ditangkap Lagi Kerana Dadah

Sekilas

  • Pelakon Revaldo Fefaldi, 44, ditahan di Banten selepas didapati memiliki tiga paket dadah jenis syabu dan beberapa barang bukti lain.
  • Revaldo pernah dipenjarakan sebanyak dua kali, termasuk tujuh tahun penjara, kerana kesalahan dadah sejak 2006.
  • Dia mengaku ketagih dadah dan mempunyai masalah kesihatan mental, serta pernah memohon maaf atas kesalahan berulangnya.
Advertisement

Bukan sekali, bukan dua kali tetapi empat kali. Malah, pelakon 30 Hari Mencari Cinta, Revaldo Fefaldi juga pernah dipenjarakan dua kali dengan kali terakhir dia dipenjara selama tujuh tahun.

Terkini, Revaldo, 44, ditahan pihak berkuasa selepas memiliki tiga paket dadah jenis syabu, lapor CNNIndonesia. Pelakon itu ditangkap di sebuah apartment di Banten hasil maklumat orang awam yang membuat aduan terhadap transaksi dadah berlaku di kawasan tersebut.

Advertisement

Hasil siasatan dan pengeledahan yang dilakukan, pihak berkuasa menemui barang bukti berupa tiga plastik klip bekas pakai syabu, tiga bong (alat hisap), dua pemetik api yang telah diubah suai, setengah butir alprazolam dan setengah butir Xanax.

Bintang filem Serigala Terakhir dan Panji Tengkorak tersebut pertama kali ditangkap kerana dadah pada tahun 2006 dan dipenjarakan selama dua tahun. Tidak lama, Revaldo kembali ditangkap polis atas jenayah sama pada tahun 2010 sebelum sekali lagi perlu merengkok di penjara selama tujuh tahun.

Setelah bebas, dia ditangkap buat kali ketiga kerana dadah pada tahun 2023. Selepas ditangkap tiga kali atas kesalahan sama, Revaldo pernah memohon maaf dan melahirkan kekesalannya.

Dia antaranya mengaku kembali terjebak dengan dadah kerana ketagih selain memiliki masalah kesihatan mental.

“Saya adalah penagih dadah yang pernah baik dan kembali menagih. Saya juga penagih dadah yang mempunyai masalah mental. Maaf saya cuma mahu sembuh,” katanya menurut Detik.com tidak lama dulu.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement