Sekilas
- Thompson Goh menegaskan dia menayangkan badan sasa di media sosial untuk memberi inspirasi, bukan untuk menjual diri.
- Dia mendapat motivasi bersenam selepas melihat rakan-rakannya berkongsi pencapaian kecergasan seperti 'six pack'.
- Thompson juga mendedahkan pernah ditawarkan menjadi anak ikan dan gigolo, tetapi memilih untuk tidak melayan tawaran negatif tersebut.
Pelakon Thompson Goh menegaskan tujuan dia menayangkan bentuk badannya yang sasa di media sosial bukan untuk menjual diri sebaliknya untuk memberi inspirasi kepada pengikutnya.
Thompson atau mesra disapa sebagai Tom berkata dia sendiri juga akan menjadi semangat untuk bersenam selepas melihat rakannya berkongsi ‘six pack’ di media sosial.
“Okay tayang badan ini bagi saya, di media sosial… ia adalah satu pencapaian untuk saya. Saya bekerja keras kot saya buat benda ini (badan).
“Saya tak menayang untuk but ‘thirst trap’. Maksudnya bukan untuk menjual diri. Saya menayang untuk memberi inspirasi. Sebab ramai pengikut saya terinspirasi.
“Saya sendiri saya tengok kat media sosial orang yang menayang ini saya rasa inspired tau. Contohnya hari ini saya tak nak workout, lepas itu saya tengok kawan saya, tunjuk six pack, saya lagi semangatkan nak pergi workout.
“Itulah contoh yang saya nak bawa, saya bukan nak menjual diri,” katanya menerusi temu bual di podcast Bukak Mulut bersama Affendy Jailani.
Ramai lelaki lebih tertarik dengan perkongsian itu, Thompson turut mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi anak ikan dan gigolo
“Ini undeniable punya fakta la. Saya lelaki, saya tunjuk badan, lelaki yang akan suka. Macam-macam dapat, dari dulu saya dah dapat.
“Tapi kita nak layan atau tak nak layan saja. Saya baca tapi saya tak layan. Kalau negatif saya tak layan, tapi sebab saya dah pernah ditawarkan sebagai anak ikan, jadi gigolo pun ada,” kongsinya.
Sumber - TikTok