Skip to main content

Hiburan

Pernah Hilang Banyak Job Sebab ‘Gemuk’, Tiz Zaqyah Kerja Keras Turunkan Berat - “Dulu Saya Memang…”

Pernah Hilang Banyak Job Sebab ‘Gemuk’, Tiz Zaqyah Kerja Keras Turunkan Berat - “Dulu Saya Memang…”

Sekilas

  • Pelakon Tiz Zaqyah kini lebih yakin dengan penampilan selepas berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan kembali bentuk wajah yang runcing.
  • Dia berkongsi bahawa sebelum ini kurang selesa melihat wajahnya yang berisi ketika menonton drama lakonannya dan menghadapi kesukaran mencari pakaian yang muat semasa penggambaran.
  • Tiz juga mendedahkan dia kehilangan beberapa projek lakonan dan endorsement kerana berat badan yang dianggap tidak sesuai oleh pihak produksi.
Advertisement

Pelakon Tiz Zaqyah mengakui dia kini lebih selesa dan yakin dengan penampilan terkininya selepas berjaya menurunkan berat badan.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz memaklumkan dia bekerja keras untuk mendapatkan semula bentuk wajah yang lebih runcing.

Advertisement

“Ada sesetengah orang macam triggered sangat dengan penurunan berat badan saya.

“Saya memang kerja keras nak dapatkan balik jawline dengan tulang pipi saya. Sekarang ni semua seluar dengan baju saya dah boleh pakai, saiz XS-S,” tulisnya.

Ujar pelakon drama Nur Kasih ini, sebelum ini dia kurang selesa melihat semula bentuk wajahnya yang sedikit berisi setiap kali menonton semula drama lakonannya di kaca televisyen.

Malah, Tiz memaklumkan dia memilih untuk menurunkan berat badan kerana mendakwa kehilangan beberapa projek lakonan kerana berat badannya.

“Dulu saya memang tak pernah selesa bila tengok muka sendiri bulat macam bulan bila tengok balik drama-drama lama saya hahaha.

“Masa shooting pun struggle nak cari baju yang muat. Pernah sampai zipper skirt saya pecah (baju sponsor). Mujurlah producer kata tak mengapa.

““Lupa nak mention, saya hilang banyak job endorsement dengan lakonan sebab saya “gemuk”, “tak kurus”, “tembam” dan tak cantik depan kamera,” kongsinya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement