Skip to main content

Hiburan

Pernah Jadi Mangsa Buli Siber, Haqiem Rusli Mahu Pertahan Rakan Seindustri - “Saya Menentang Sekerasnya…”

Haqiem Rusli

Sekilas

  • Haqiem Rusli meluahkan rasa kesal melihat kurangnya sokongan antara penggiat industri muzik tanah air.
  • Beliau menegaskan nasihatnya tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus, tetapi secara umum sahaja.
  • Haqiem juga menentang buli siber dan mahu mempertahankan rakan artis yang menjadi mangsa, kerana beliau sendiri pernah mengalaminya.
Advertisement

Penyanyi Haqiem Rusli tampil menjelaskan mengenai luahan rasa kesal melihat sikap segelintir pihak dalam industri muzik tanah air yang disifatkannya semakin kurang saling menyokong antara satu sama lain.

 

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Tergantung Sepi itu, perkongsian itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak sebaliknya dia hanya ingin menitipkan nasihat. 

 

“Saya hanya beri nasihat ya dan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun, secara general saja,” tegasnya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Haqiem juga memberitahu dia mahu mempertahakan rakan-rakan seindustri yang berdepan dengan masalah buli siber. 

Advertisement

 

Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, dia sememangnya menentang buli siber memandangkan pernah menjadi mangsa. 

 

“Saya juga mahu pertahankan rakan-rakan artis yang dibuli di media sosial di mana ianya tidak sihat. Saya menentang sekeras-kerasnya buli siber. 

 

“Sebab apa? Saya juga pernah menjadi mangsa,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Haqiem beranggapan sepatutnya penggiat seni dalam industri yang sama meraikan kejayaan serta pencapaian rakan seperjuangan bukan menjatuhkan satu sama lain. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement