Sekilas
- Syatilla Melvin berkongsi kisah keluarganya pernah berniaga laicikang di medan selera Parit Buntar sekitar 15 tahun lalu dengan sambutan yang sangat baik.
- Legasi perniagaan laicikang itu kini diteruskan oleh adiknya, Syida Melvin, yang menerima sambutan hangat daripada penduduk setempat.
- Pelanggan memuji keenakan minuman tersebut dan kejujuran Syida sebagai peniaga yang tidak kedekut dengan bahan-bahan.
Pelakon, Syatilla Melvin berkongsi kisah keluarganya pernah mencari rezeki dengan menjual laicikang di sebuah medan selera di Parit Buntar, Perak, kira-kira 15 tahun lalu.
Mengimbas kembali momen tersebut, Syatilla berkata perniagaan mereka ketika itu mendapat sambutan menggalakkan apabila mereka sudah mempunyai pelanggan tetap yang datang setiap hari.
“15 tahun lepas kami pernah survive jual laicikang dekat food court Parit Buntaq, sukses dengan customer tetap datang hari-hari,” kongsinya.
Bagaimanapun, apa yang menariknya adalah legasi tersebut kini diteruskan oleh adiknya iaitu, Syida Melvin yang kembali menjual laicikang dan menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
“Hari ini laicikang ibu Tilla, Syida teruskan legasi. Beratur panjang orang beli tepi rumah. 13 jenis bahan ada dalam tu. Orang Penang, Nibong Tebal, Parit Buntaq sila cari dia,” kongsinya.

Sementara itu, ruangan komen juga dihujani dengan kata-kata sokongan netizen dan juga pelanggan yang pernah mencuba laicikang mereka.
Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dengan minuman tersebut dan menyifatkab Syida seorang peniaga yang jujur selain tidak kedekut dengan bahan makanan.