Skip to main content

Hiburan

Pernah Keguguran, Wanita Sebak Kenang Momen Tun Hasmah Pegang Perut Ketika Hamil - “Dalam Perut Ni Abang Tau”

Pernah Keguguran, Wanita Sebak Kenang Momen Tun Hasmah Pegang Perut Ketika Hamil - “Dalam Perut Ni Abang Tau”

Sekilas

  • Seorang wanita berkongsi video di Instagram mengenai pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali sambil menunjukkan foto kenangan ketika hamil anak pertama.
  • Wanita itu teringat pesanan Tun Hasmah supaya menjaga kandungan dengan baik selepas mengalami keguguran sebelum itu.
  • Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Pusara Negarawan, Putrajaya.
Advertisement

Seorang wanita menyorot perhatian ramai selepas berkongsi video memaparkan dirinya berkongsi berita mengenai pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali yang menghembuskan nafas terakhir kepada anak-anaknya.

Menerusi Instagram, wanita berkenaan berkongsi mengenai berita tersebut sambil menunjukkan foto kenangannya bersama Tun Hasmah yang memegang perutnya ketika hamil beberapa tahun yang lalu.

Advertisement

Apa yang meruntun wanita itu adalah, momen tersebut berlaku ketika dia sedang hamil anak pertama selepas mengalami keguguran.

“Tengok beliau buat apa (sambil tunjuk gambar). Beliau tengah usap perut dan nak tahu tak siapa ada dalam ini (perut).

“Ini abang tau (sambil tunjuk kepada anak sulungnya).

Advertisement

“Dulu anak pertama ibu gugur kemudian dapat abang. Waktu ini jumpa beliau,” kongsinya.

Tambah wanita itu, masih segar diingatannya mengenai pesanan Tun yang memintanya untuk menjaga kandungan dengan baik.

“Tun Hasmah pesan, ‘jaga baby baik-baik’,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya turut sebak melihat momen tersebut.

Pada Isnin, Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement