Skip to main content

Hiburan

Pernah Kerja Set Besar Di India, Irfan Zaini Tetap Kagum Dengan Produksi TERBANG - “Ini Antara Filem Paling Profesional & Disiplin Saya Pernah…”

Pernah Kerja Set Besar Di India, Irfan Zaini Tetap Kagum Dengan Produksi TERBANG - “Ini Antara Filem Paling Profesional & Disiplin Saya Pernah…”

Sekilas

  • Pelakon Irfan Zaini mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk mendalami watak Ajeet dalam filem TERBANG dan menjalani latihan rali selama tiga bulan.
  • Watak Ajeet diinspirasikan daripada legenda rali negara, Karamjit Singh, tetapi bukan gambaran sepenuhnya mengenai figura tersebut.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Shweta Sekhon, serta mendapat pujian atas tahap profesionalisme dan disiplin produksi tempatan.
Advertisement

Pelakon Irfan Zaini mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan untuk mendalami watak Ajeet dalam filem TERBANG selain menjalani latihan rali selama tiga bulan.

Menurut Irfan, watak Ajeet hanya diinspirasikan daripada legenda rali negara, Karamjit Singh dan bukan gambaran sepenuhnya mengenai figura tersebut.

“Disebabkan watak ini diinspirasikan Karamjit, dia tak adalah sepenuhnya sebagai Karamjit.

“Untuk ‘discover’ Ajeet ini kita ambil dalam dua tiga bulan. Latihan untuk rali pula lagi tiga bulan,” katanya.

Dalam masa sama, Irfan berkata, proses membina keserasian dengan barisan pelakon lain turut dilakukan secara serius menerusi sesi latihan dan pembacaan skrip.

“Untuk dapatkan chemistry antara saya dengan Abang Zizan, Nam Ron, Kak Diana Danielle dan Shweta, kita pergi training dan script reading.

“Saya rasa ini antara filem paling profesional dan paling berdisiplin yang pernah saya bekerja,” ujarnya.

Tambah Irfan, pengalamannya bekerja dalam produksi lebih besar di India membuatkan dia semakin menghargai tahap kerja yang ditunjukkan pasukan produksi tempatan.

“Saya pernah kerja dekat set filem yang lebih besar di India macam dengan Vijay semua.

“Tapi saya rasa kita memang power. Cara kita buat filem dengan bajet yang sekecil itu, saya rasa kita patut bangga dengan filem-filem Malaysia sekarang ini,” katanya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh atau dikenali sebagai The Flying Sikh.

Filem tersebut turut dibintangi Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement