Skip to main content

Hiburan

Pernah Lalui Fasa ‘Broken Family’, Sheila Rusly Nekad Jaga Keluarga Sebaik Mungkin... - “Cucu, Anak & Menantu Saya Tidak Akan…”

fdffv

Sekilas

  • Pelakon Elisya Sandha sebak apabila menggambarkan ibu mentuanya, Sheila Rusly, sebagai seorang yang sangat baik dan memahami, malah dianggap seperti ibu kandung sendiri.
  • Sheila Rusly pula menganggap Elisya sebagai anak sendiri dan berusaha menjaga keharmonian keluarga kerana pengalaman membesar dalam keluarga berpecah.
  • Kedua-duanya menekankan pentingnya kasih sayang dan kebahagiaan dalam keluarga, dengan Sheila berusaha memastikan anak-anak, menantu, dan cucunya tidak mengalami pengalaman keluarga yang sama seperti dirinya.
Advertisement

Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan sebak apabila diminta menggambarkan sosok ibu mentuanya, pelakon dan penerbit Sheila Rusly, dalam satu perkataan.

Momen menyentuh perasaan itu tular menerusi sebuah video perkongsian di TikTok selepas Elisya diajukan soalan oleh penemubual daripada Inayah Trading.

“Kalau Elisya boleh gambarkan sis (Sheila Rusly) dalam satu perkataan, apa yang awak nak cakap?” soal individu berkenaan.

Tersentuh dengan soalan tersebut, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan mengakui dirinya terlalu menyayangi ibu mentuanya itu.

“Nak menangis kita. Sebab kita sayang mak mentua kita sangat. Saya selalu rasa ini satu rezeki. Tak pernah sangka saya dapat mak mentua yang sangat baik dan sangat memahami,” katanya menahan sebak.

Menurut Elisya, layanan Sheila terhadapnya bukan sekadar menantu, sebaliknya dianggap seperti anak kandung sendiri, sesuatu yang disifatkan sebagai idaman kebanyakan wanita.

“Ini idaman semua wanita. Dilayan macam anak sendiri, tak pernah buat kami rasa macam orang luar,” ujarnya.

Malah, Elisya mengakui sukar mencari satu perkataan yang tepat untuk menggambarkan keperibadian Sheila Rusly.

“Susah nak gambarkan sebab dia sempurna. Dia memang sempurna. Terima kasih, ma,” katanya.

Dalam pada itu, Sheila Rusly turut tampil memberi reaksi terhadap luahan menantunya itu dengan menyifatkan Elisya sebagai anak sendiri.

“Dia memang macam anak saya. Kalau bab anak-anak, menantu dan cucu, saya memang sangat sensitif,” katanya.

Sheila yang terbuka berkongsi latar belakang keluarganya berkata, pengalaman membesar dalam keluarga berantakan atau ‘broken home’ menjadikan dirinya lebih berusaha menjaga keharmonian keluarga sendiri.

“Saya datang daripada keluarga yang berpecah. Jadi sebaik mungkin saya akan jaga keluarga saya supaya anak-anak, menantu dan cucu-cucu saya tidak akan melalui fasa kehidupan yang sama.

“Tak adalah kata saya sempurna. Saya cuma cuba buat yang terbaik. Saya gembira bila tengok anak-anak dan menantu saya bahagia,” katanya.

 

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement