Skip to main content

Hiburan

Pernah Menangis Gagal Sertai Big Stage, Ranisha Syukur Diberi ‘Peluang’ Kedua - “Saya Nak Buktikan Fizikal Bukan Segalanya”

Big Stage X Rocketfuel

Sekilas

  • Ranisha akhirnya berjaya terpilih untuk beraksi di Big Stage X Rocketfuel selepas beberapa kali mencuba dan membawa misi membuktikan fizikal bukan penghalang mengejar impian.
  • Dia kini dalam proses menurunkan berat badan dari 97 kilogram ke 85 kilogram demi kesihatan dan kelincahan di pentas.
  • Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun ini dengan 10 peserta bersaing untuk hadiah kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.

Selepas beberapa kali mencuba nasib, bintang Big Stage X Rocketfuel, Ranisha akhirnya berjaya merealisasikan impiannya apabila terpilih untuk beraksi di pentas berprestij tersebut untuk edisi kali ini.

Berkongsi mengenai perasaannya, Ranisha memaklumkan bahawa dia membawa satu misi iaitu ingin membuktikan bahawa fizikal bukan penghalang untuk seseorang itu mengejar impian mereka.

“Bagi saya, fizikal bukan penghalang untuk kita berkarier sebenarnya. Karier itu datang daripada hati, akal dan usaha kita sendiri.

“Fizikal kita boleh ubah. Nyanyian kita pun kita boleh ubah, kita boleh perbaiki dan sedapkan lagi,” katanya kepada Gempak.

Bercerita lanjut, Ranisha turut berkongsi mengenai perjalanan transformasinya yang kini sedang dalam proses menurunkan berat badan.

“Dan sebenarnya saya memang dalam ‘journey’ menurunkan berat badan. Dari kecil memang saya ada masalah berat badan.

“Dulu berat saya hampir mencecah 100 kilogram, 97 kilogram tepatnya. Sekarang Alhamdulillah saya dah turun kepada 85 kilogram.

“Mana tahu sepanjang Big Stage ini saya dapat kurangkan lagi sedikit. Semua itu untuk kesihatan dan juga membantu kelincahan saya ketika berada di atas pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Ranisha turut mengimbau kekecewaannya yang gagal menyertai Big Stage musim pertama kerana tidak memiliki jumlah tontonan yang mencukupi di media sosial.

“Masa Big Stage pertama dulu saya memang kecewa sangat sebab tak dapat masuk. Saya siap menangis kerana memang teringin sangat nak sertai program ini.

“Jadi bila saya dengar Big Stage X buka sesi ujibakat, saya terus pergi sebab saya rasa ini peluang yang saya tunggu-tunggu selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai impian sebenar, Ranisha berkata dia berazam mahu memiliki lagu sendiri selepas sekian lama menyanyikan lagu penyanyi lain.

“Menang itu bonus. Cita-cita saya sebenarnya nak ada single sendiri.

“Selama ini saya banyak menyanyikan lagu penyanyi lain. Jadi saya teringin sangat nak ada lagu sendiri dan mungkin satu hari nanti ada showcase atau konsert sendiri,” katanya.

Selain Ranisha, sembilan lagi peserta yang bakal bersaing yang terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel bermula 28 Jun ini pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement