Skip to main content

Filem

Pernah Menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan, Kisah Benar Uncle Mike Kini Di Pawagam

Uncle Mike

Micheal Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike pernah menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun 2024. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah itu pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024

Keikhlasan Uncle Mike menjaga tiga beradik yatim piatu beragama Islam dan diberikan didikan agama sempurna dilihat sangat memberi insiprasi kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tindakan Uncle Mike,56, menjaga Rafie Ahmad Fauzi serta dua lagi adiknya, Rasyid dan Abdul Rahman sejak 2008  juga disifatkan sebagai memartabatkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia MADANI.

Untuk info, Astro Shaw turut mengangkat kisah Uncle Mike dan anak-anaknya  ke layar perak. 

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema kekeluargaan dan semangat perpaduan dengan mesej bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal warna kulit atau darah daging.

Naskhah bergenre drama ini sudah ditayangkan di pawagam bermula 28 Ogos, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.

Advertisement

Menampilkan pelakon Andy Teh bersama gandingan muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, Abah Saya Uncle Mike turut menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
 
 

Sinopsis Abah Saya Uncle Mike:

Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan lebih baik.

Namun, apabila mereka dipisahkan, Rafei diselamatkan oleh seorang lelaki Cina baik hati bernama Uncle Mike. Dalam usahanya menyatukan kembali keluarga, ketiga-tiga beradik itu akhirnya sedar makna sebenar sebuah keluarga – bahawa ‘Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah’.

Must-Watch Video