Skip to main content

Hiburan

“Pernah Nampak Kami Di TV? Tak Ada!” - Azlee Senario Akui Nasib Pelawak Makin Suram, Minta Stesen TV & Produksi Jangan Terus Pinggir Penggiat Komedi

bjb

Sekilas

  • Pelawak Azlee Senario bersetuju dengan Fad Bocey bahawa peluang pelawak di kaca TV semakin berkurang dan berharap produksi serta stesen TV beri lebih ruang kepada mereka.
  • Azlee menasihati pelawak supaya lebih kreatif dan tidak hanya bergantung kepada stesen televisyen untuk mencari peluang dan pendapatan.
  • Azlee dan anggota Senario akan membuat kemunculan dalam konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun pada 25 April di Idea Live Arena, Petaling Jaya.
Advertisement

Pelawak, Azlee Senario bersetuju dengan kenyataan rakan industri, Fad Bocey mengenai perjalanan seni golongan pelawak ketika ini semakin suram berbanding suatu ketika dahulu.

Susulan itu, Azlee atau nama sebenarnya, Muhammad Azlee Jaafar, 58, berharap pihak produksi dan stesen televisyen memberi lebih ruang kepada penggiat komedi tempatan.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Fad Bocey. Pernah nampak ke kami berada di kaca TV? Tak ada. Dah lama dah tak ada.

“Mungkin ada segelintir yang muncul sikit-sikit, tapi secara keseluruhannya kami memang dah lama tak keluar TV. Sebab itu apa yang Fad cakap tu kadang-kadang betul,” katanya.

Azlee berkata, pelawak sebenarnya masih boleh diketengahkan sekiranya wujud jalan cerita atau skrip yang mempunyai unsur komedi dan sesuai untuk mereka.

“Sebagai pelawak, tak ada ke cerita-cerita yang ada sedikit unsur komedi yang boleh panggil kami ni? Tapi benda itu bergantung kepada pihak produksi.

“Mereka yang tentukan jalan cerita dan skrip, sama ada sesuai atau tidak untuk pelawak masuk,” ujarnya.

Bagaimanapun, Azlee menganggap rezeki setiap individu berbeza dan percaya masih ada peluang lain di luar industri televisyen.

“Bagi saya, banyak lagi rezeki lain. Insya-Allah. Tapi kalau boleh, production di luar sana atau stesen TV pandang-pandanglah pelawak ni.

“Pelawak ni berbeza dengan yang lain. Pelawak adalah antara yang paling susah kerana tugas kami untuk menghiburkan orang,” katanya.

Dalam masa sama, Azlee turut menasihati rakan-rakan pelawak agar tidak terlalu bergantung kepada stesen televisyen semata-mata, sebaliknya lebih kreatif dalam mencari peluang.

“Kita kena kreatif. Kita kena pandai cipta peluang di luar sana kalau tak ada peluang di dalam.

“Kepada rakan-rakan pelawak di luar sana, kita sama-sama anak seni. Rebutlah peluang-peluang yang ada, buat apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan.

“Jangan bergantung kepada stesen TV sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, pelawak Fad Bocey atau Muhammad Fadzlie Mohd. Nizam, 34, memaklumkan dia reda menerima hakikat bahawa perjalanan seni golongan pelawak kini semakin suram berbanding suatu ketika dahulu.

Menurut Fad, setiap penggiat seni termasuk pelawak, penyanyi dan pelakon pasti akan melalui fasa naik dan turun dalam kerjaya mereka, ibarat roda yang sentiasa berputar.

Menerusi perkembangan lain, Azlee bersama anggota Senario lain iaitu Saiful Apek, Yassin Yahya, Lan Pet Pet, Pak Ya dan Wahid bakal membuat kemunculan dalam konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun.

Konsert anjuran Dreamscape Events dan terbitan Kapla Entertainment tersebut dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April depan.

Anda mungkin berminat dengan

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement