Skip to main content

Hiburan

Pernah Terlalu Berkeras Dengan Anak, Fazley Yaakob Luah Rasa Kesal - “Saya Pernah Rotan Sampai…”

Fazleey Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob mengakui pernah berkeras dan menggunakan kaedah disiplin yang keterlaluan terhadap anak-anaknya sehingga menimbulkan kesedihan.
  • Fazley memohon maaf secara terbuka kepada anak-anaknya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
  • Fazley dan bekas isteri, Azrene Soraya, mempunyai empat anak yang kini dijaga bersama selepas perpisahan mereka pada Oktober 2024.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi penyesalan yang dirasainya sepanjang bergelar bapa.

Menurut Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, dia mengakui bahawa pernah terlalu berkeras terhadap anak-anaknya

“Kekesalan saya ialah saya pernah berkeras kepada anak-anak sewaktu mendidik mereka satu ketika dahulu.

“Saya pernah terlebih rotan sampai luka, terlebih menjerit sampai mereka menangis. Saya juga pernah bagi silent treatment sampaikan bila mereka ketuk pintu bilik saya tak buka,” kongsinya.

Fazley berkongsi perkara tersebut menerusi satu video dimuat naik @saufymasa di TikTok.

Di akhir perkongsian, pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu menzahirkan ucapan maaf buat anak-anaknya dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

“Maafkan Dida (panggilan Fazley). Itu adalah yang pertama dan yang terakhir.

“Insya-Allah, sampai ke hujung nyawa, kasih dan sayang saya pada kalian dibawa ke syurga,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazley pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2006, namun berpisah pada Oktober 2024 selepas 18 tahun bersama.

Hasıl perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, dan Alayna Selma, 8 tahun yang kini berada di bawah jagaan bersama.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement