Skip to main content

Indonesia

Pernah Tinggal Di Aceh, Ariel Noah Diam-Diam Hulur Bantuan

noah_aceh

Sekilas

  • Vokalis Noah, Ariel, menghulurkan bantuan secara diam-diam kepada mangsa banjir lumpur di Aceh melalui rakan-rakan yang turun ke lokasi kejadian.
  • Ariel tidak dapat hadir sendiri ke Aceh kerana jadualnya yang padat, tetapi yakin bantuan yang disalurkan sudah sampai kepada yang memerlukan.
  • Penyanyi lagu Bintang Di Surga itu mempunyai hubungan rapat dengan Aceh kerana pernah menghabiskan masa kecil di sana bersama ayahnya.

Bencana banjir lumpur yang melanda Aceh telah menyentuh hati banyak pihak untuk menghulurkan bantuan. Ini termasuklah dalam kalangan artis tempatan.

Selain ada dalam kalangan selebriti yang datang menghulurkan bantuan ke lokasi malang itu, ada juga yang menghulurkan bantuan secara diam-diam.

Salah seorang artis yang diketahui turut menghulurkan bantuan tanpa hadir ke Aceh adalah vokalis Noah, Ariel.

Saat ditanya mengenai kesahihan dirinya ikut memberi bantuan atau sumbangan buat mangsa di Aceh.

“Ya kita semua tahu (bencana). Tapi kita bergerak (hulur bantuan) sahaja diam-diam tanpa perlu dihebohkan,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurut Ariel, dia mengirim bantuan menerusi rakan-rakan yang turun ke lokasi kejadian kerana memiliki jadual yang sangat padat.

“Saya tidak ikut serta tapi mungkin bantuan yang disalurkan sudah sampai di sana,” katanya lagi.

Penyanyi Bintang Di Surga itu diketahui pernah menghabiskan masa kecil di Aceh kerana mengikut ayahnya yang bekerja di sana.

Must-Watch Video

Advertisement