Skip to main content

Hiburan

Pernah Tular Dengan Kelahiran Ke-12 Tahun Lalu, Pasangan Ini Timang Anak Ke-13

Beranak 13

Sekilas

  • Pasangan suami isteri Ustaz Shamsuri Shafie dan Puan Rosnaida Ismail baru sahaja menimang cahaya mata ke-13 mereka.
  • Berita kelahiran bayi itu dikongsikan oleh Pusat Perubatan An-Nisa’ melalui platform TikTok.
  • Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan memuji kecantikan Puan Rosnaida walaupun mempunyai ramai anak.

Tahun lalu, pasangan suami isteri iaitu Ustaz Shamsuri Shafie dan Puan Rosnaida Ismail pernah tular selepas selamat menimang cahaya mata mereka yang ke-12.

Terbaharu, pasangan ini selamat menimang cahaya mata ke-13 mereka, beberapa hari lalu.

Berita gembira itu dikongsikan sebuah hospital yang menyambut kelahiran bayi mereka iaitu, Pusat Perubatan An-Nisa’ di TikTok.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tempoh hari (tahun lalu) dikurniakan zuriat ke-12 dan hari ini bertambah lagi zuriat menjadi 13 cahaya mata.Rezeki harta yang tidak ternilai dan tidak dapat dibeli.

“Semoga anakanda membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu bapa serta membawa keberkatan dan kebahagiaan yang berpanjanga buat keluarga,” kongsinya di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah atas kelahiran baharu mereka.

“Alhamdulillah rezeki mereka.

“Kita boleh tengok yang akak ini masih cantik walaupun ada ramai anak. Mesti suami jaga baik ni,” komen netizen.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement