Skip to main content

Hiburan

Pernah Tular Perkahwinan Hanya Bertahan Dua Minggu, Usahawan Kecantikan Kini Bergelar Suami Kali Kedua

Danny Rich Saloon

Sekilas

  • Danny Rich Saloon kini sah bergelar suami buat kali kedua bersama Nur Atikah Hamidon pada 19 April lalu.
  • Dia menganggap perkahwinan ini sebagai hadiah daripada Allah SWT selepas pulang dari Tanah Suci.
  • Perkahwinan kali pertama Danny pada 2023 hanya bertahan dua minggu, namun dia tetap berani untuk berkahwin lagi.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan kecantikan, Danny Rich Saloon selamat bergelar suami buat kali kedua bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Nur Atikah Hamidon.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Danny menerusi satu perkongsian di TikTok.

Advertisement

“Hari paling bahagia dalam hidup aku. Pada 19 April aku sah bergelar suami.

“Dengan satu lafaz, aku menerima amanah yang besar dalam hidup aku,” kongsinya.

Sementara itu, Danny menyifatkan perkahwinan keduanya ini sebagai satu hadiah pemberian Allah SWT.

"Saya anggap perkahwinan ini sebagai 'hadiah' pemberian Allah SWT buat saya selepas pulang dari Tanah Suci.

"Sedih, gembira, syukur, semuanya ada dan perasaan itu bercampur baur hari ini,” katanya.

Untuk rekod, perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Danny selepas rumah tangga dibina pada 2023 hanya bertahan selama dua minggu.

Meskipun hanya bertahan dua minggu namun, itu tidak membuatka pemilik nama Adam Hamil ini serik untuk berkahwin lagi.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement