Skip to main content

Kpop

Perompak Saman Penyanyi, Dakwa Nyawa Terancam Sewaktu Bergelut

nana

Sekilas

  • Nana kini berdepan saman daripada individu yang memecah masuk ke kediamannya tahun lalu, walaupun dia dan ibu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
  • Insiden rompakan itu melibatkan pergaduhan antara Nana dan perompak yang membawa senjata, namun pihak berkuasa tidak mendakwa Nana kerana ia dianggap tindakan mempertahankan diri.
  • Pihak agensi Nana memberi sokongan penuh kepadanya dalam menghadapi saman tersebut dan Nana berjanji tidak akan mengecewakan peminatnya.

Penyanyi, pelakon dan model, Nana kini berdepan babak baru dalam kes kediamannya dirompak tahun lalu sehingga mendatangkan kecederaan kepadanya dan ibu.

Pada saat masih lagi bergelut dengan trauma rompakan yang menyaksikan dia dan ibu mengalami kecederaan, pemilik nama sebenar Im Jin Ah itu melahirkan kekecewaan kerana disaman oleh individu yang memecah masuk ke kediamannya.

“Saya baru dimaklumkan menerima saman daripada pihak yang memecah masuk ke kediaman dan membuat saya serta ibu cedera.

“Hal ini membuatkan saya cemas, apa lagi trauma kejadian tersebut masih terasa. Saya juga semakin bimbang untuk berdepan peminat pada sesi pertemuan yang telah dirancang kerana saman yang dibuat terhadap saya.

“Tapi saya tidak akan membuat peminat kecewa. Saya juga percaya dapat mengatasi masalah ini dengan baik. Saya janji,” tulisnya di Instagram seperti dilaporkan Soompi.

Nana sebelum ini berdepan insiden cemas apabila individu memecah masuk ke kediamannya dengan membawa senjata.

Menyedari kediamannya dirompak, Nana memberanikan diri bergelut dengan perompak sehingga mengalami kecederaan. Pihak berkuasa juga tidak membuat dakwaan terhadap insiden itu yang disifatkan sebagai tindakan mempertahankan diri.

Namun perompak memfailkan saman dengan mendakwa dirinya tidak membawa senjata serta nyawanya juga terancam dalam pergelutan bersama artis tersebut.

Sebagai respons kepada saman yang dikenakan kepada Nana, pihak agensi berikrar untuk menyokong wanita itu.

Must-Watch Video

Advertisement