Skip to main content

Hiburan

Perpisahan Bukan Penamat, Zizi Kirana Kekal Hormat Keluarga Bekas Suami - “Abah & Mak Tetap Menjadi…”

Astrogempak Zizi Kirana

Sekilas

  • Zizi Kirana berkongsi foto bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin, dan berharap hubungan baik mereka kekal terjalin.
  • Walaupun sudah bercerai, Zizi menegaskan hubungan dengan bekas mentua tetap seperti biasa dan kekal erat.
  • Perceraian mereka disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas permohonan cerai difailkan Zizi mengikut undang-undang keluarga Islam Selangor.
Advertisement

Penyanyi, Zizi Kirana menyorot perhatian netizen selepas berkongsi fotonya bersama keluarga bekas suami, Yusuf Bahrin.

Menerusi hantaran di platform Threads, Zizi berharap agar hubungan yang terjalin antara mereka sebagai mentua dan menantu terus dilimpahi kebaikan.

“Semoga Allah memelihara segala yang baik antara kita dan memberkati setiap kenangan yang pernah tercipta,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zizi juga sempat menjawab komen seorang pengguna media sosial dan memaklumkan bahawa hubungan dengan bekas mentuanya kekal seperti biasa.

“Apa pun berlaku, hubungan menantu-mertua kekal buat selamanya,” kata individu tersebut. 

“Abah dan Mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila,” balasnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pelantun lagu Kejar itu dan gembira melihat hubungan baiknya bersama keluarga bekas suami. 

Advertisement

Terdahulu, Yusuf sah bercerai talak satu secara raj’ie bersama bekas isteri, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

Menurut peguam yang mewakili Zizi yang dikenali sebagai Haiza, perceraian itu berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebelum ini, timbulnya spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas dilihat menyambut perayaan Aidilfitri secara berasingan. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021.

Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement