Skip to main content

Hiburan

Persedian Konsert capai 70 Peratus, ALPHA Ambil Khidmat Syafinaz Selamat Untuk Latihan Vokal - “Dia Sangat Teliti…”

Mewakili ALPHA, Rizal berkata persiapan keseluruhan konsert kini sudah mencapai sekitar 60 hingga 70 peratus, manakala aspek nyanyian, vokal dan tarian masih terus diperkemaskan.

Sekilas

  • Kumpulan M-pop ALPHA sedang giat membuat persiapan untuk konsert sulung mereka, The First Wave, yang dijadualkan pada 26 September ini.
  • Persiapan keseluruhan konsert sudah mencapai sekitar 60 hingga 70 peratus, manakala latihan nyanyian, vokal dan tarian masih dalam proses penambahbaikan.
  • ALPHA mendapat bimbingan vokal daripada Datuk Syafinaz Selamat yang membantu mereka memperbaiki persembahan dan memahami industri muzik dengan lebih mendalam.
Advertisement

Kumpulan M-pop, ALPHA kini giat melakukan persiapan menjelang konsert sulung mereka, The First Wave, yang bakal berlangsung pada 26 September ini.

Mewakili ALPHA, Rizal berkata persiapan keseluruhan konsert kini sudah mencapai sekitar 60 hingga 70 peratus, manakala aspek nyanyian, vokal dan tarian masih terus diperkemaskan.

Advertisement


“Sekarang kami sedang sibuk dengan persiapan untuk konsert. Jadi, boleh dikatakan persiapan kami sekarang sudah sekitar 60 hingga 65 peratus, hampir 70 peratus.

“Dari segi nyanyian, vokal dan tarian pula, saya rasa kami sudah sekitar 50 peratus. Jadi masih ada 50 peratus lagi yang kami mahu capai.

“Kami memang teruja untuk melengkapkan semua latihan kerana sasaran kami adalah untuk memberikan yang terbaik kepada orang ramai ketika konsert nanti,” katanya kepada Gempak. 

Dalam usaha memastikan persembahan mereka berada pada tahap terbaik, ALPHA turut mendapatkan bimbingan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Berkongsi pengalaman menjalani sesi latihan bersama Syafinaz, Daniel Sher berkata bimbingan yang diberikan bukan sahaja membantu mereka membuat persiapan untuk konsert, malah turut memberi ilmu yang lebih mendalam mengenai dunia industri muzik.

“Kita ada banyak sesi bersama dengan Tok Naz, bukan sahaja dari segi untuk membuat persembahan semasa konsert malah untuk kami di dalam industri. Kalau dekat Big Stage kami belajar basic dengan dia kami dapat belajar lebih advance.

“Dan ini sangat membantu untuk konsert pertama kami kelak. Boleh dikatakan banyak yang kami pelajari semasa sesi bersama dia,” ujarnya.

Sementara itu, Afiq Sky juga mengakui pendekatan yang digunakan Syafinaz atau lebih mesra disapa sebagai Tok Naz y sangat teliti, khususnya dalam mengenal pasti kemampuan vokal setiap anggota ALPHA.

“Cara Tok Naz mengajar sangat baik dan dia sangat teliti dengan kemampuan kami, termasuk dari segi julat vokal.

“Kalau kami tidak mampu, dia tidak akan suruh kami buat perkara itu. Jadi, banyak perkara yang kami boleh bincangkan dan faham bersama Tok Naz.

“Semuanya berjalan dengan lancar dengan Tok Naz. Sayang Tok Nas! Banyak benda baharu juga yang kami belajar,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement