Skip to main content
Advertisement

Indonesia

Persembahan Afgan Bertukar Cemas, Wanita Didakwa Ugut Terjun Dari Tingkat Dua Pusat Beli-Belah

Astro Gempak afgan wanita

Sekilas

  • Persembahan Afgan di sebuah pusat beli-belah Jakarta terganggu apabila seorang wanita membawa pembesar suara dan mikrofon sendiri lalu mengganggu acara tersebut.
  • Wanita itu enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif dengan mengugut untuk terjun dari aras dua bersama peralatan yang dibawanya.
  • Pihak keselamatan berjaya menghalang kejadian tersebut dan Afgan meneruskan persembahan selepas keadaan terkawal, namun motif wanita itu masih belum diketahui.
Advertisement

Persembahan Afgan di sebuah pusat beli-belah di Jakarta bertukar kecoh apabila seorang wanita didakwa mengugut untuk terjun dari aras dua bangunan selepas dihalang daripada mengganggu acara tersebut.

Menurut laporan media Indonesia, wanita terbabit dikatakan membawa pembesar suara serta mikrofon sendiri sebelum bertindak bercakap menggunakan peralatan tersebut ketika persembahan berlangsung di ruang bawah pusat beli-belah berkenaan.

Advertisement

Tindakannya yang mengganggu acara menyebabkan pengawal keselamatan tampil menegur dan meminta wanita itu memberi kerjasama. Namun situasi menjadi tegang apabila dia enggan berbuat demikian sehingga petugas terpaksa merampas peralatan yang dibawanya.

Keadaan kemudian menjadi lebih cemas apabila wanita tersebut bertindak agresif dan dipercayai cuba mengugut untuk terjun bersama peti pembesar suara dari tingkat atas pusat beli-belah itu.

Bagaimanapun, tindakan pantas pihak keselamatan berjaya menghalang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Advertisement

Difahamkan, Afgan turut menghentikan seketika persembahannya susulan kekecohan tersebut sebelum kembali meneruskan acara seperti biasa selepas keadaan berjaya dikawal.

Setakat ini, motif sebenar wanita berkenaan melakukan tindakan tersebut masih belum diketahui selain tiada maklumat lanjut mengenai tindakan pihak berkuasa terhadapnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Must Watch Video

Advertisement