Skip to main content

Selebriti

Persembahan Di GV Fantasia Trending, Amir Masdi Dedah Ibu Paksa Uji Bakat AF - “Saya Cuma Nak Buat Dia Gembira, Tapi…”

Persembahan Di GV Fantasia Trending, Amir Masdi Dedah Ibu Paksa Uji Bakat AF - “Saya Cuma Nak Buat Dia Gembira, Tapi…”

Sekilas

  • Amir Masdi mendapat pujian hebat selepas persembahannya Gegar Vaganza Fantasia, walaupun dia bukan peserta rasmi pertandingan tersebut.
  • Amir mendedahkan ibunya yang menjadi pendorong utama untuk dia menyertai Akademi Fantasia dan memulakan kerjaya nyanyiannya walaupun pada awalnya dia pemalu dan kurang keyakinan.
  • Showcase sulung Amir Masdi AM:PM akan diadakan pada 20 Disember di Zepp Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan kepada peminat dan meraikan 10 tahun kerjaya seni beliau.
Advertisement

Nama solois Amir Masdi sempat menjadi hangat apabila pengguna media sosial berkongsi potongan video persembahannya di pembukaan Gegar Vaganza Fantasia hujung minggu lalu.

Tidak sedikit yang terkesima dan memuji vokal serta persembahan Amir menerusi lagu hitnya, Nur Cinta sangat mengagumkan. 

Malah penyanyi yang memiliki karisma tersendiri itu ditebak bakal menjadi juara pertandingan tersebut.

Advertisement

Amir, 30, menjadi satu-satunya ‘peserta’ yang mendapat pengiktirafan daripada salah seorang juri tetap pertandingan tersebut, Hetty Koes Endang yang bukan hanya memberi standing ovation tetapi juga tanda gebreq yang bererti terbaik.

Namun ramai yang kecewa apabila Amir sebenarnya bukan calon yang akan sama-sama bertanding dalam musim terbaharu GV Fantasia yang dibarisi mantan juara-juara Akademi Fantasia termasuk Mila, Mawi, Stacy, Vince, Firman, Zahid dan Faizal.

Bagaimanapun, mengimbas tentang penyertaan sekaligus menjadi juara AF 2016, pemilik nama sebenar Amir Syazwan Masdi itu mendedahkan ibu merupakan individu yang bertanggungjawab membawa dirinya masuk ke persada seni.

Advertisement

Akui Amir, dia tidak pernah sedar memiliki bakat malah tidak pernah menyertai pertandingan atau menyanyi secara terbuka kerana menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu dan pendiam sewaktu zaman persekolahan.

“Saya tak tahu boleh menyanyi tapi ibu yakin saya boleh menyanyi. Saya tidak pernah menyanyi kecuali menyanyi sewaktu bermain permainan video game.

“Tapi oleh kerana sewaktu menyanyi saya memakai headphone jadi tidak sedar dan tahu bagaimana bunyi suara saya.

“Ibu dan adik yang yakinkan saya boleh menyanyi,” ujar Amir membuka cerita.

Kisah pembabitan awal Amir terjebak dalam dunia nyanyian dikongsikan penyanyi itu sewaktu pertemuan usai sidang akhbar showcase sulungnya, Amir Masdi AM:PM yang dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur.

Dia melanjutkan bicara: “Akademi Fantasia sebenarnya adalah tempat kelahiran saya. Jika tiada Akademi Fantasia, saya tidak akan menyanyi.

“Ibu buat permintaan untuk saya sertai uji bakat AF. Kali pertama beliau minta, saya memang tak mahu pergi sebab tiada keyakinan.

“Kemudian, ibu minta lagi saya ikut uji bakat. Kali kedua pun saya tak pergi kerana tidak berani, saya tak boleh buat.

“Tapi apabila Ibu minta saya ikut uji bakat kali ketiga, maksudnya saya perlu tunaikan hajat beliau.

“Jadi saya pergi uji bakat untuk gembirakan hati ibu. Pergi, dapat dan mula bertanding. Bila masuk minggu ketiga saya lihat masih bertahan kemudian barulah saya nampak jalan saya rupanya dalam bidang ini.

“Kini Alhamdulillah berkat doa semua walaupun ia bukan perjalanan yang mudah, tak sedar sudah 10 tahun saya berada dalam industri.

“Saya gembira dan ingin terus belajar banyak benda baharu.”

Justeru kata Amir, showcase Amir Masdi AM: PM akan menjadi medium buat dia merayakan bukan hanya karier seni tetapi peminat yang tidak pernah lelah mendukung perjuangannya.

Showcase yang menyaksikan Amir bakal mendendangkan 26 lagu dengan dua lagu saduran itu dianjurkan AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement