Skip to main content

Hiburan

Persembahan Di Konsert Mawi Raih Pujian, Felix Agus Terharu Masih Diingati Peminat – “Terima Kasih Orang-Orang Semenanjung”

Persembahan Di Konsert Mawi Raih Pujian, Felix Agus Terharu Masih Diingati Peminat – “Terima Kasih Orang-Orang Semenanjung”

Sekilas

  • Felix Agus berasa terharu dan bersyukur kerana masih diingati peminat di Semenanjung walaupun sudah lama tidak muncul di platform arus perdana.
  • Beliau berkongsi momen selepas konsert The Journey Of Mawi World pada 8 November yang memberi peluang bertemu semula dengan peminat dan merakamkan penghargaan kepada Mawi dan pasukannya.
  • Felix merupakan naib juara Akademi Fantasia musim ketiga dan antara penyanyi jemputan dalam konsert tersebut yang turut dihadiri selebriti lain seperti Datuk AC Mizal dan Syamsul Yusof.
Advertisement

Penyanyi, Felix Agus meluahkan rasa terharu apabila masih ada peminat di Semenanjung yang mengingati dirinya meskipun sudah sekian lama muncul di mana-mana platform arus perdana.

Menerusi perkongsian di Threads, Felix yang berkongsi momen dirinya usai konsert The Journey Of Mawi World turut meluahkan rasa syukur apabila berpeluang bertemu semula dengan peminat menerusi konsert yang berlangsung pada 8 November lalu itu.

Advertisement

Menurut Felix, peluang tersebut cukup bermakna buat dirinya memandangkan masih ada individu yang mengingati perjalanan seninya sehingga kini.

“Sedikit sedutan sewaktu berlangsungnya konsert The Journey Of Mawi World pada 8 nov lepas.

“Syukur semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih orang-orang semenanjung yang masih mengingati saya sampai saat ini,” tulisnya.

Advertisement

Dalam perkongsian sama, Felix turut berharap dirinya berpeluang untuk kembali bertemu peminat pada masa akan datang.

Pada masa sama, Felix turut merakamkan penghargaan kepada rakannya, Mawi atas peluang yang diberikan.

“Kalau ada rezeki saya harap kita akan berjumpa lagi di masa-masa akan datang.

“Terima kasih Mawi and Team kerana peluang yang sangat bermakna bagi saya untuk berjumpa dgn peminat-peminat dari semenanjung.

“Sampai jumpa lagi. Salam sayang dari saya untuk semua,” tambahnya.

Untuk rekod, Felix merupakan naib juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang pernah mencipta nama menerusi lagu Warkah Berlagu Pilu.

Terdahulu, Felix menjadi antara penyanyi jemputan yang turut memeriahkan konsert The Journey Of Mawi World yang bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Selain Felix, antara selebriti yang turut memeriahkan konsert tersebut termasuklah Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Daly Filsuf dan Hazama.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement