Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Berlakon Di Malaysia, Rizal Rasid Rasa Macam ‘Culture Shock’ - “Cara Kerja Dekat Sini Sedikit…” 

RIZAL ALPHA

Penyanyi dan pelakon, Rizal Rasid meluahkan rasa syukur berpeluang untuk membintangi drama Satu Dua Dia arahan pengarah Datuk Yusry Abd Halim.

Menurut Rizal, dia menyifatkan peluang tersebut sebagai ruang untuknya menimba ilmu dan memahami budaya kerja set drama di Malaysia.

“Pengalaman ini sangat berharga bagi saya sebab ini adalah satu pengalaman baharu untuk berlakon di Malaysia selepas berlakon di Brunei pada satu ketika dulu.

“Banyak perkara baru yang saya belajar dekat sini, sebab sebagai pendatang baharu banyak benda yang saya perlu tahu dan belajar cara kerja dekat sini jadi saya sangat berterima kasih dengan semua yang terlibat dalam drama ini dan membantu untuk memudahkan kerja saya dekat set penggambaran,” katanya kepada Gempak.

Mengulas perbezaan antara produksi Brunei dan Malaysia,ahli kumpulan Alpha itu turut mengakui skala produksi Malaysia jauh lebih besar dan menuntut komitmen yang tinggi.

Tambah Rizal, antara cabaran paling ketara adalah penyesuaian bahasa dan slang untuk memastikan penyampaiannya tepat.

“Cara kerja dekat sini sedikit berbeza, sebab dekat Brunei mungkin tak banyak sangat produksi dan kerja di sana mungkin sedikit relaks, bila masuk dekat set Malaysia ia agak mencabar.

“Lebih-lebih lagi bahasa sebab jika di Brunei saya bertutur dalam bahasa Brunei jadi di sini saya kena jaga agar tak keluar slang itu. Jadi saya banyak belajar dengan rakan-rakan dekat set untuk memastikan saya cakap dalam dialek atau slang yang betul,” tambahnya.

Selain Rizal, drama ini turut dibintangi oleh Ariel Fesol, Zarif Ghazzi, Afiq Hamidon, Erysha Emyra dan Nasz Sally.

Must-Watch Video

Advertisement