Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Buat ‘Soundcheck’ Gema Bumantara, Siti Nurhaliza Tenangkan Noraniza Idris - “Fuh Berdebar, Kuat Degupan Jantung”

Pertama Kali Buat ‘Soundcheck’ Gema Bumantara, Siti Nurhaliza Tenangkan Noraniza Idris - “Fuh Berdebar, Kuat Degupan Jantung”

Sekilas

  • Noraniza Idris berdebar ketika menjalani sesi soundcheck pertama di Stadium TM Nasional untuk konsert Gema Bumantara.
  • Beliau berasa teruja dapat bekerjasama dengan pasukan profesional termasuk orkestra tradisional dan sessionist terbaik industri muzik.
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza membantu menenangkan Noraniza dengan senyuman dan panduan semasa sesi tersebut.
Advertisement

Penyanyi, Noraniza Idris mengakui berdebar ketika menjalani sesi pemeriksaan bunyi atau soundcheck buat pertama kali di Stadium TM Nasional bagi konsert Gema Bumantara. 

Menerusi hantaran di Threads, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani meluahkan rasa terujanya apabila berpeluang menjalani persiapan di stadium berkenaan bersama barisan tenaga profesional dalam industri muzik.

Advertisement

“Alhamdulillah, semalam pertama kali dapat buat soundcheck di Stadium TM Nasional.

“Kalau tanya rasa macam mana, fuh, berdebar kuat degupan jantung ni korang! Dikelilingi pasukan profesional, orkestra tradisional, sessionist dan MD terbaik dalam industri muzik. Pasukan BVS semua hebat-hebat belaka,” tulisnya.

Bagaimanapun, di sebalik debaran yang dirasai, Noraniza bersyukur apabila Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di sisinya dan membantu menenangkan perasaannya.

Advertisement

Malah, pelantun lagu Hati Kama juga berseloroh senyuman Siti yang sentiasa memberikan panduan membuatkan hatinya lebih tenang, meskipun dia mungkin kelihatan gementar ketika menjalani sesi tersebut.

“Hati dapat bertenang bila Siti Nurhaliza berdiri di sebelah dengan wajah senyum sahaja, beri maklum apa yang saya perlu buat. Mesti saya nampak gabra ni,” katanya sambil disertai emoji ketawa.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement