Skip to main content

Indonesia

Pertama Kali Isi Minyak Kereta Di Malaysia, Pevita Pearce Menangis: “Tidak Ada Mas-Masnya…”

pevita

Sekilas

  • Aktres Indonesia, Pevita Pearce, berkongsi pengalaman cemas dan lucu ketika pertama kali mengisi minyak sendiri di Malaysia kerana berbeza dengan cara di Indonesia.
  • Dia menangis kerana tidak tahu cara membuka tempat minyak kereta, memilih jenis minyak, dan bimbang stesen minyak akan meletup akibat menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak.
  • Pevita kini tinggal antara Malaysia dan Indonesia selepas berkahwin dengan Mirzan Meer, anak empayar tekstil Jakel, pada tahun 2024.

Aktres terkenal Indonesia, Pevita Pearce berkongsi detik cemas dan lucu saat pertama kali mengisi minyak kenderaan secara sendirian di Malaysia.

Menurut Pevita yang berkahwin dengan salah seorang anak empayar tekstil Jakel, Mirzan Meer, selain cemas dia juga menangis kerana baru sedar cara mengisi minyak di Malaysia dengan Indonesia berbeza.

Bintang filem Tenggelamnya Kapal van der Wijck dan Gundala ini mengatakan di Indonesia selain menggunakan token, pengguna kenderaan yang ingin mengisi minyak biasanya dibantu oleh pekerja di stesen tersebut.

Namun hal itu tidak berlaku di Malaysia sekaligus membuat dirinya cemas sehingga menangis kerana bimbang ‘percubaan’ sulung mengisi minyak akan membuat stesen meletup.

“Ini terjadi sekitar dua bulan lalu di Malaysia. Saya memandu pulang dari gym tapi baru perasan minyak sudah mahu habis. Sudah merah.

“Sebenarnya saya sedar minyak kereta memang sudah merah atau mahu habis tapi fikir suami, Mirzan, akan bantu isikan. Tapi mungkin dia pun sibuk jadi tidak sempat isi,” cerita Pevita di Instagram Storynya seperti dilaporkan Suara.com.

Tidak punya pilihan, Pevita memberanikan diri mengisi minyak sendiri.

“Jadi saya masuk ke stesen minyak dan saya baru tahu serta sedar, di Malaysia kena isi minyak secara layan diri. Tidak seperti di Indonesia yang akan ada mas-mas bantu isikan.

“Saya cemas, saya telefon suami sambil menangis sebab bukan hanya tidak tahu isi minyak, memilih jenis minyak, saya juga tidak tahu bagaimana membuka tempat minyak di kereta,” katanya lagi.

Wanita berusia 33 tahun itu malah mengaku menangis sepanjang mengisi minyak kerana bimbang akan menyebabkan letupan di stesen tersebut.

“Sepanjang isi minyak saya bercakap di telefon dengan suami. Dia mengajar saya cara mengisi minyak tapi dalam masa yang sama saya sangat takut kerana bimbang stesen akan meletup kerana saya menggunakan telefon bimbit,” kenangnya sambil ketawa dan cemas.

Dalam sebuah temu bual, Pevita yang berkahwin dengan Mirzan pada 2024 lalu memberitahu dia menghabiskan kehidupannya dengan berulang alik tinggal di antara Malaysia dan Indonesia.

Anda mungkin berminat dengan

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must-Watch Video

Advertisement