Perkongsian pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyorot perhatian selepas membuat satu kenyataan mengenai cinta sejati.
Menerusi perkongsian di laman Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mempersoalkan kenyataan seseorang yang bercakap mengenai cinta sejati.
“Terima Kasih hantar cinta sejati?Sebelum ni , 7 tahun bersama.. elok je terjaga makan minumnya, tak sejati ke??
“Kenapa mesti keluar kenyataan2 mcm ni?” tulisnya. 
Bagaimanapun, netizen mengaitkan kenyataan yang ditulis oleh ahli kumpulan Elite itu dengan kenyataan yang diberikan oleh pengarah, Erma Fatima.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Abby untuk menjaga rumah tangganya sendiri dan tidak perlu memberi sebarang ulasan mengenai perkahwinan orang lain. 



Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman meraikan cinta mereka di majlis resepsi ketiga yang berlangsung meriah di Melawati Convention Centre, Kuala Lumpur, pada malam Ahad lalu.
Advertisement
Menerusi perkongsian di Instagram, Erma meluahkan rasa terharu apabila melihat kebahagiaan pasangan itu di hadapan matanya, apatah lagi setelah melalui perjalanan hidup yang penuh warna dalam dunia seni.