Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Peserta Kilauan Emas Selebriti Terima Elaun Mingguan, Astro Tampil Beri Penjelasan

Peserta Kilauan Emas Selebriti Terima Elaun Mingguan, Astro Tampil Beri Penjelasan

Sekilas

  • Astro menjelaskan tidak semua program realiti mereka menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta, termasuk Kilauan Emas Selebriti.
  • Wang tunai dalam beberapa program seperti The Masked Singer Malaysia dan MasterChef Selebriti Malaysia disalurkan kepada badan kebajikan, manakala peserta menerima bayaran mingguan.
  • Struktur hadiah dan format pertandingan Kilauan Emas Selebriti telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh peserta sebelum program bermula, dengan keputusan sepenuhnya di bawah Astro tanpa campur tangan penaja.
Advertisement

Selepas Kilauan Emas Selebriti melabuhkan tirai, struktur hadiah kemenangan program itu menjadi perhatian apabila ruang maya rancak mempersoalkan mengenai hadiah wang tunai buat barisan finalis.

Mengulas perkara tersebut, Pengurus Saluran Astro Prima, Idlan menjelaskan tidak semua program realiti atau hiburan terbitan Astro menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta sebagai ganjaran kemenangan.

Advertisement

“Astro ingin menjelaskan bahawa terdapat program realiti dan hiburan yang diterbitkan tanpa menawarkan hadiah wang tunai kepada peserta.

“Sebelum ini, Astro menerbitkan program seperti The Masked Singer Malaysia dan MasterChef Selebriti Malaysia yang menampilkan penyertaan selebriti tanpa hadiah kemenangan wang tunai.

“Sebaliknya, sumbangan wang tunai disalurkan kepada badan kebajikan yang dipilih sebagai sebahagian daripada objektif program.

Advertisement

“Dalam program-program tersebut, para peserta tetap menerima bayaran mingguan sepanjang tempoh penglibatan mereka, selaras dengan amalan industri serta terma yang dipersetujui bersama,” katanya.

Menurut Idlan, konsep sama turut diterapkan dalam Kilauan Emas Selebriti apabila semua peserta sudah dimaklumkan mengenai format pertandingan, mekanisme penyingkiran dan struktur hadiah sebelum bersetuju menyertai program tersebut.

Malah, wang tunai turut disalurkan setiap minggu kepada selebriti yang memerlukan bantuan dan sedang berdepan kesusahan di bawah naungan Persatuan Seniman dan Karyawan Malaysia.

“Ini merupakan sebahagian daripada konsep serta objektif program yang telah ditetapkan sejak awal.

“Semua perkara berkenaan telah diterangkan kepada peserta sejak peringkat awal dan turut diperincikan dalam perjanjian rasmi yang dipersetujui serta ditandatangani oleh semua pihak sebelum program bermula,” jelasnya.

Dalam masa sama, Astro menegaskan pihak penaja tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan struktur hadiah kemenangan Kilauan Emas Selebriti.

Sebaliknya, segala keputusan berkaitan pembangunan, format, pelaksanaan dan struktur ganjaran ditentukan sepenuhnya oleh Astro berdasarkan konsep, objektif serta keperluan kandungan yang ditetapkan sejak peringkat pembangunan program.

Astro turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap program diterbitkan secara telus dan profesional selaras dengan amalan serta piawaian industri, selain mengutamakan kepentingan peserta, penonton dan rakan kerjasama.

Anda mungkin berminat dengan

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

WARRIX Malaysia Lifestyle Oversize Jersey Football Futsal Sports Shirt Unisex Breathable Lightweight

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Unisex Selipar Yeezy Slide Kanye Men's and Women's Casual Slippers Indoor Slipar Selipar Sandal Shoe Kasut男女款椰子拖鞋

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement