Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Petinju MMA Bakal Lawan Cimpanzi, Pakar Beri Amaran Risiko Berdepan Maut - “Mereka Boleh Bertindak Ganas Sehingga…”

Petinju MMA Bakal Lawan Cimpanzi, Pakar Beri Amaran Risiko Berdepan Maut - “Mereka Boleh Bertindak Ganas Sehingga…”

Sekilas

  • Cole Johnson, seorang peninju MMA, mendakwa menerima tawaran lebih AS$500,000 untuk berlawan dengan seekor cimpanzi selepas video TikToknya tular.
  • Tawaran itu datang selepas dia bergurau mampu mengalahkan cimpanzi, dan kini ada pihak lain yang menawarkan bayaran lebih tinggi untuk pertarungan tersebut.
  • Pakar memberi amaran bahawa perlawanan itu berisiko tinggi menyebabkan kecederaan serius atau kematian kerana cimpanzi boleh menjadi agresif apabila terancam.
Advertisement

Seorang peninju seni bela diri campuran (MMA), Cole Johnson mendakwa dirinya menerima tawaran lebih AS$500,000 (RM2.1 juta) untuk berlawan dengan seekor cimpanzi.

Tawaran itu dikatakan muncul selepas video TikTok dirinya yang mendakwa mampu “mengalahkan cimpanzi” tular dan meraih hampir lapan juta tontonan.

Advertisement

Menurut Johnson, kenyataan tersebut pada asalnya hanya dibuat sebagai gurauan dan dia sendiri tidak menyangka akan membuatkan diriny mendapat tawaran tersebut.

Dakwa Johnson, dia pada awalnya menerima tawaran AS$500,000 untuk menyertai perlawanan tersebit di sebuah negara, namun pihak yang membiayai acara berkenaan kemudiannya menarik diri.

Bagaimanapun, Johnson mendakwa kini terdapat pihak lain yang sanggup menawarkan bayaran lebih tinggi bagi merealisasikan pertarungan tersebut.

Lebih mengejutkan, penganjur mendakwa cimpanzi berkenaan tidak akan diberi ubat pelali dan masih mempunyai gigi serta kuku.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat amaran daripada pakar yang menyifatkan perlawanan itu berisiko menyebabkan kecederaan serius malah boleh membawa maut.

Profesor Madya Sains Pemuliharaan Universiti Exeter, Dr Kimberley Jane Hockings berkata, cimpanzi boleh menjadi agresif apabila berasa terancam selain mempunyai kekuatan bahagian atas badan yang jauh lebih tinggi berbanding manusia.

Pakar cimpanzi dari Universiti Minnesota, Profesor Michael Wilson pula berkata, cimpanzi berkemungkinan melihat pertarungan itu sebagai satu ancaman dan bukannya permainan.

“Cimpanzi yang berasa terancam oleh manusia boleh bertindak ganas sehingga menyebabkan kecederaan parah atau kematian,” katanya.

Sumber: ndtv

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement