Skip to main content

Selebriti

Piala Dunia 2026: “Pemain Paling Saya Nak Tengok, Ronaldo & Messi…”- Zul Ariffin Kongsi Momen Manis, Rasai Sendiri Kemeriahan World Cup Di Los Angeles

Zul Ariffin Piala Dunia

Sekilas

  • Zul Ariffin teruja dapat menyaksikan kemeriahan Piala Dunia 2026 di Los Angeles buat kali pertama dalam hidupnya.
  • Dia merupakan penyokong tegar pasukan Brazil sejak kecil dan ingin melihat secara langsung Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi.
  • Zul kagum dengan bagaimana bola sepak menyatukan peminat dari pelbagai negara dan budaya di kejohanan tersebut.
Advertisement

Pelakon, Zul Ariffin berkongsi rasa teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri kemeriahan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Lebih manis lagi, Zul berkata ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Los Angeles dan pengalaman berada di lokasi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu merupakan impian yang telah lama disimpannya.

Advertisement

“Sudah lama sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk merasai sendiri suasana Piala Dunia di luar negara.

“Selama ini hanya tonton di televisyen, jadi bila dapat berada sendiri di sini dan melihat kemeriahan penyokong dari seluruh dunia, ia merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza dan cukup istimewa,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Zul juga turut berkongsi bahawa dia merupakan penyokong setia pasukan Brazil sejak kecil kerana tertarik dengan gaya permainan yang dipamerkan skuad tersebut.

“Sejak dari dulu lagi saya memang penyokong tegar Brazil. Saya membesar dengan melihat legenda-legenda Brazil bermain dan dari situlah minat saya terhadap bola sepak bermula.

“Bagi saya, Brazil bukan sekadar sebuah pasukan, tetapi sinonim dengan gaya permainan yang kreatif, berani dan penuh semangat,” ujarnya.

Selain pasukan Brazil, Zul turut mengakui antara pemain yang paling ingin disaksikannya secara langsung di pentas Piala Dunia ialah dua ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

“Player yang paling saya nak tengok ialah Cristiano Ronaldo dan Messi,” katanya.

Mengulas mengenai suasana di sekitar kejohanan, Zul berkata perkara yang paling menarik perhatian adalah bagaimana bola sepak berjaya menyatukan peminat dari seluruh pelosok dunia.

“Apa yang paling menarik ialah bagaimana bola sepak boleh menyatukan orang daripada pelbagai negara, bahasa dan budaya.

“Semua hadir dengan semangat yang sama untuk menyokong pasukan masing-masing. Itu yang menjadikan World Cup begitu istimewa,” jelasnya.

Terdahulu, Zul antara selebriti tempatan yang berpeluang berada di Los Angeles bagi menyaksikan sendiri kemeriahan Piala Dunia 2026 yang menghimpunkan jutaan peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Menariknya lagi, kunjungan pertama bintang filem The Furious: Pertaruhan Maruah itu ke Amerika Syarikat ditaja oleh KIA Malaysia bersama KIA Asia Pacific.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement