Skip to main content

Hiburan

Pilih Untuk Kahwin Muda, Eyra Hazali Dedah Suami Memang Dah Ada ‘Family Planning’ - “Sebab Dia Fikir Kerjaya Bola Sepak Tak Lama”

ASTROGEMPAK EyraHazali

Sekilas

  • Eyra Hazali berkongsi bahawa suaminya, penjaga gol kebangsaan Haziq Nadzli, sudah merancang keluarga dan kewangan sejak awal kerana kerjaya bola sepak yang tidak lama.
  • Haziq lebih suka berkahwin muda dan tidak gemar keluar berdua sebelum berkahwin, jadi mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda.
  • Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 Disember 2018 dan kini mempunyai tiga cahaya mata.
Advertisement

Pelakon Eyra Hazali mendedahkan perancangan untuk berumah tangga dan mempunyai keluarga bermula daripada suaminya yang juga penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli. 

 

Advertisement

Menurut Eyra, suaminya dari awal lagi sudah mempunyai perancangan keluarga dan kewangan terutama melibatkan anak-anak memandangkan baginya kerjaya bola sepak mungkin berakhir di usia 40-an. 

 

“Sebenarnya, semuanya bermula daripada Haziq. Sebab sebenarnya dia duk fikir, kerjaya bola sepak ni tak lama. Sebab bila diorang berumur 40-an, diorang dah slow down ataupun kita kata pencen. 

Advertisement

 

“So dia kata sebenarnya dia ada family planning, dia ada financial planning. Bila kita berbual-bual fasal family planning especially, memang towards banyak kepada anak sebenarnya. 

 

“Dan dia kata, lebih baik kita berkahwin muda,” kata Eyra menerusi temu bual bersama majalah Pa&ma yang dimuat naik di TikTok. 

 

Dalam pada itu, Eyra juga memberitahu Haziq tidak gemar keluar berdua-dua ketika mereka belum sah menjadi suami isteri dan dari situ mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda. 

 

“Dia pun sebenarnya tidak suka keluar berdua. Kalau sesiapa yang kenal kita orang daripada awal, saya kalau pergi mana-mana, saya memang bawa mami saya. Dating sekali dengan kitaorang. 

 

“Jadi dia kata daripada kita keluar macam ni, apa kita kahwin je terus. And bila ada anak pun, dia tak nak bila umur dia dah 40 tahun, anak baru nak masuk tadika, anak baru nak masuk sekolah rendah. 

 

“Jadi banyak sebenarnya planning daripada situ. Itulah tercetus yang kahwin muda,” kongsinya lagi. 

 

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 Disember 2018 dan mereka kini mempunyai tiga cahaya mata. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement