Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Pilih Untuk Lepaskan Hak Penjagaan Anak, Zahnita Wilson Kini Dalam Fasa Bahagia - “Ya Saya Sudah Bertunang…”

Zahnita

Sekilas

  • Zahnita Wilson mengesahkan sudah bertunang dengan seorang lelaki bernama pangkal huruf 'F' yang bukan dari industri seni dan berstatus duda tanpa anak.
  • Dia menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami secara sukarela demi masa depan mereka yang lebih terjamin.
  • Zahnita masih boleh bertemu anak-anak bila-bila masa walaupun tidak banyak berkomunikasi dengan bekas suami dan sedang belajar menerima kehidupan baharu.
Advertisement

Kini dalam fasa bahagia, pelakon dan model, Zahnita Wilson mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.

 

Advertisement

Mahu merahsiakan identiti lelaki yang berjaya menambat hatinya, Zahnita bagaimanapun hanya mendedahkan pangkal huruf nama tunangnya iaitu 'F'.

 

"Ya, saya sudah bertunang. Alhamdulillah, saya kini berada dalam fasa bahagia. Buat masa ini, saya belum bersedia memperkenalkan siapa dia kepada umum. Dia bukan orang industri. Cukuplah saya beritahu nama pangkalnya ialah 'F'," katanya.

 

Menurut Zahnita, tunangnya berstatus duda tanpa anak dan bukan daripada kalangan penggiat seni.

Advertisement

 

Katanya, lelaki itu berjaya menawan hatinya kerana bersifat penyayang, mudah berkomunikasi dan sentiasa memahami dirinya.

 

"Dia seorang yang sangat memahami saya. Kami mudah berkomunikasi dan itu antara perkara yang membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Zahnita berkata, dia membuat keputusan menyerahkan hak penjagaan keempat-empat anaknya kepada bekas suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor secara sukarela kerana percaya ia adalah pilihan terbaik demi masa depan mereka.

 

"Saya serahkan hak penjagaan anak kepada bekas suami dengan rela hati kerana saya percaya dia mampu menjaga mereka dengan baik. Saya sudah melepaskan apa yang berlaku pada masa lalu dan saya juga sudah memaafkannya.

 

“Saya merasakan dia lebih berkemampuan daripada segi kewangan, manakala saya pula belum mempunyai pendapatan yang benar-benar stabil. Semua ini saya lakukan demi masa depan anak-anak," katanya.

 

Zahnita berkata, walaupun hak penjagaan diserahkan kepada bekas suami, dia masih boleh bertemu anak-anak pada bila-bila masa.

 

"Saya boleh berjumpa mereka pada bila-bila masa. Kami tidak banyak berkomunikasi, namun segala urusan berkaitan anak-anak tetap dibincangkan jika perlu," katanya.

 

Mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, Zahnita berkata, sebagai ibu, dia tetap melalui saat-saat sukar apabila berjauhan dengan anak-anak.

 

"Sudah tentu saya sedih. Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Tetapi saya percaya masa depan mereka lebih terjamin bersama bapa mereka. Saya terpaksa mengetepikan ego demi kebahagiaan mereka.

 

"Ada masanya saya menangis kerana terlalu rindukan mereka. Namun, saya sedang belajar menerima kehidupan baharu dan menghargai masa untuk diri sendiri," katanya.

 

Terdahulu, Zackery memaklumkan pelakon itu menyerahkan hak penjagaan kekal keempat-empat anak mereka kepadanya menerusi satu kenyataan di Instagram (IG), baru-baru ini.

 

Zahnita atau Zahnita Doroty Hussein Wilson, 41, mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.

 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun

 

Sumber - Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

Must Watch Video

Advertisement