Skip to main content

Selebriti

Pinggan Lama Undang Sebak, Zara Zya Imbau Kenangan Sahur - “Kami 6 Beranak… Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja”

Zara Zya

Sekilas

  • Zara Zya sebak mengenang kenangan Ramadan zaman kecil apabila ibunya suruh guna pinggan lama yang pernah digunakan keluarga mereka.
  • Dia rindu suasana meriah sahur bersama keluarga yang kini tinggal memori kerana ahli keluarga sudah berpecah dan jarang bertemu.
  • Zara kongsi perasaan sunyi dan perubahan dalam keluarga yang dah tak seperti dulu, walaupun dulu selalu berkumpul setiap hari.
Advertisement

Pelakon, Zara Zya tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali kenangan zaman kecil bersama keluarganya, terutama ketika bulan Ramadan.

Menerusi perkongsian di platform Thread, Zara berkata perasaan sebak itu hadir apabila ibunya menyuruhnya menggunakan pinggan lama yang pernah digunakan keluarga mereka suatu ketika dahulu.

Advertisement

“Mama saya suruh pakai pinggan lama dia. Bila tengok pinggan tu, saya sedih. Sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan tu dulu.

“Kami 6 beranak... Sekarang, saya cuma dengan mama saya saja,” kongsinya.

Mengimbas kembali kenangan dahulu, Zara mengakui dia amat merindui suasana sahur ketika kecil yang penuh kemeriahan apabila seluruh ahli keluarga berkumpul di meja makan.

“Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama kejut atau adik beradik kejut sahur. Mama masak macam-macam.

“Dari mengantuk, berselera jadinya. Meriah betul waktu sahur. Satu family berkumpul,” coretnya.

Bagaimanapun kata Zara, kenangan itu kini hanya tinggal memori apabila keluarganya sudah tidak lagi seperti dahulu

“Tapi sekarang… sunyi sesunyi sunyinya. Tak sangka, bila saya besar, family saya berpecah.

“Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun tak bersua. Hurmmm…,” luahnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Zara:


Sumber: Threads @zarazya


 


 

Anda mungkin berminat dengan

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Must Watch Video

Advertisement