Skip to main content
Advertisement

Indonesia

Pinkan Mambo Raih Pendapatan Lumayan Menyanyi, Baring Tepi Jalan

Astro Gempak pinkan skirt

Sekilas

  • Pinkan Mambo kini tular sebagai pengamen jalanan di Sepatan, Tangerang dengan gaya seksi dan persembahan dangdut.
  • Dia mengaku mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM6,100 dalam beberapa jam menyanyi secara langsung di TikTok.
  • Pendapatan Pinkan bergantung kepada sumbangan penonton dan tidak selalu konsisten walaupun dia berusaha keras.
Advertisement

Sosok Pinkan Mambo saat ini memang tengah menjadi tular gara-gara ‘pekerjaan baharu’nya iaitu menjadi pengamen atau penyanyi jalanan.

Aksi penyanyi yang pernah menjadi rebutan dalam industri hiburan ini menyanyi dan menari malah sanggup berbaring di tepi jalan raya dengan penampilan seksi berskrit mini di wilayah Sepatan, Tangerang lalu disiarkan secara langsung di Tik Tok mendapat perhatian.

Advertisement

Pada saat ada yang berasa kasihan dan menyifatkan kehidupan Pinkan sebagai menyedihkan, bekan rakan duo Ratu itu mendakwa dirinya memperoleh pendapatan lumayan hasil menyanyi di jalanan.

Malah dia tidak kisah menyanyi dalam panas terik atau sehingga menuju Maghrib kerana menerima bayaran yang mencecah puluhan juta rupiah.

“Hari ini saya baru menyanyi daripada pukul 11.30 pagi sehingga 3 petang sudah memperoleh RM6, 100 (Rp26 juta),” katanya seperti dilaporkan Detik.

Meski mengaku tidak sangka boleh menerima pendapatan yang lumayan dengan menyanyi di jalanan, Pinkan juga menegaskan tidak selalu mendapat ‘gaji’ besar.

Katanya, pendapatan lumayan yang diperoleh bergantung kepada wang yang diberikan oleh penonton setianya sewaktu bersiaran langsung.

“Ada juga masa saya tidak memperoleh bayaran yang selayaknya walaupun sudah melakukan persembahan maksima,” tambahnya lagi.

Menurut Pinkan, penampilan yang dilakukannya di tepi jalan mengusung tema dangdut.

“Sama saja macam dangdut dengan skirt mini dan berkeliling dengan lagu dangdut,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Must Watch Video

Advertisement