Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi menerima hadiah daripada bintang K-Pop terkenal, G-Dragon sewaktu menghadiri majlis Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan baru-baru ini.
Perkongsian tersebut dibuat Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook dan Instagram rasmi miliknya.
Advertisement
Hantaran itu turut disertakan dengan foto hadiah istimewa berupa ‘official lightstick’ dan sebuah CD milik ikon global itu.
“Lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pimpinan APEC dapat hadiah dari G-Dragon,” coretnya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon yang lucu terhadap hantaran berkenaan.

Terdahulu, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong tampil membuat persembahan selama 10 minit pada majlis makan malam rasmi APEC 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, Lahan Select Hotel, Gyeongju pada 31 Oktober lalu.
Sebagai duta promosi APEC Korea 2025, G-Dragon yang juga merupakan ketua kumpulan BigBang itu mempersembahkan tiga lagu popularnya iaitu Drama, Power dan Home Sweet Home.