Skip to main content

Filem

Polis Evo, Francais Kepolisan Terbitan Astro Shaw Cipta Legasi Kukuh Dalam Perfileman Malaysia

Polis Evo, Francais Kepolisan Terbitan Astro Shaw Cipta Legasi Kukuh

Filem Polis Evo merupakan antara francais aksi kepolisan terbitan Astro Shaw yang telah mencipta legasi kukuh dalam industri perfileman Malaysia

Buktinya, sambutan ulang tahun ke-10  ‘Wonda-Ful 10 Years’ Polis Evo yang diadakan baru-baru ini menandakan sudah satu dekad francais berkenaan masih kekal diingati oleh peminat filem.

Advertisement

Kejayaan tiga filem di bawah francais ini membuktikan Polis Evo telah mengangkat ‘standard’ filem tempatan melalui kekuatan penceritaan, kualiti visual, strategi pemasaran yang kreatif serta kutipan box-office yang memberangsangkan.

Watak ikonik Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai dan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani ternyata masih menjadi impak hingga ke hari ini.

Sejak filem pertama ditayangkan pada 2015, Polis Evo melakar sejarah sebagai satu-satunya francais filem tempatan yang masih diteruskan dalam tempoh satu dekad dan kesemuanya mencatat kutipan box office luar biasa. 

Filem pertama, Polis Evo (2015), mencatat filem nombor satu di Malaysia tahun tersebut dengan kutipan RM17.8 juta. 

Polis Evo 2 (2018) meneguhkan lagi statusnya sebagai sekuel aksi tempatan terlaris dengan kutipan RM22.45 juta.

Manakala Polis Evo 3 (2023) sekali lagi mencatat sebagai filem nombor satu di Malaysia tahun itu dan kini tersenarai dalam Top 5 filem tempatan dengan kutipan tertinggi, RM54 juta.

Malah Zizan juga mengakui filem Polis Evo merupakan antara naskhah terbaik yang pernah dilakonkannya.

Menurut Zizan, filem itu bukan sekadar filem biasa dalam portfolionya, sebaliknya merupakan satu titik perubahan besar dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Begitu juga dengan Shaheizy Sam yang bersetuju dan menyatakan rasa syukur kerana hasil penat lelah sepanjang bersama francais ini memberikan impak besar.

Malah francais ini telah membuka ruang besar buat penulis dan pencetus idea asal seperti Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf, yang bermula bersama Polis Evo sebelum berkembang menjadi antara pengarah dan penulis berpengaruh.

Turut membina nama bersama francais ini termasuklah penulis dan penerbit seperti Abhilash Chandra, Syafiq Yusof, Andre Chiew, Ghaz Abu Bakar dan ramai lagi. 

Polis Evo juga menjadi lonjakan karier untuk ramai pelakon yang terus bersinar selepas penglibatan mereka dalam francais ini.

Nantikan nashkah seterusnya daripada francais Polis Evo iaitu premium siri, Evo : Mat Yam yang akan temui anda tahun hadapan.

 

Must-Watch Video

Advertisement