Skip to main content

Hiburan

POP UP Muzik: Armada & Batas Senja Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Oktober Ini

armada

Peminat muzik dari Indonesia dan Malaysia bakal disajikan dengan malam penuh emosi apabila POP UP Muzik edisi pertama bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan.

Acara anjuran Hype Live dengan kerjasama Black Sky Enterprise itu mengetengahkan dua nama besar – Armada, band legenda dari Indonesia dengan deretan lagu malar segar serta kumpulan pujaan ramai, Batas Senja, yang semakin mendapat tempat di hati pendengar tempatan.

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hype Live, Dipta, POP UP Muzik diwujudkan sebagai jambatan budaya dan muzik merentas negara, sekali gus memberi peluang peminat untuk berinteraksi lebih dekat dengan artis kesayangan mereka.

“Kami tahu peminat di Malaysia sudah lama merindui peluang untuk berinteraksi lebih dekat dengan artis luar negara. POP UP Muzik adalah jawapan kepada kerinduan itu dengan pengalaman lebih intim, termasuk sesi Meet & Greet dan peluang bergambar eksklusif,” katanya.

Sementara itu, wakil Black Sky Enterprise, Willy Dozan yakin gabungan Armada dan Batas Senja mampu mencetuskan magis tersendiri buat peminat di Kuala Lumpur.

“Sambutan hangat terhadap kedua-dua band ini membuatkan kami percaya konsert ini akan menghiburkan dan meninggalkan memori indah buat pengunjung nanti,” ujarnya.

Antara lagu popular Armada yang bakal menggegarkan pentas termasuk Asal Kau Bahagia dan Pergi Pagi Pulang Pagi, manakala Batas Senja pula dijangka menyentuh hati peminat dengan karya indah seperti Nanti Kita Seperti Ini, Kita Usahakan Lagi dan Menceritakanmu.

Tiket rasmi sudah mula dijual di hpelive-my.tixr.com/popupmuzik dan peminat disarankan mendapatkannya segera sebelum kehabisan.

Maklumat Acara POP UP Muzik:

Tarikh: 17 Oktober 2025

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Masa: 7.30 malam (Pintu dibuka)

Lineup: Armada & Batas Senja

Tiket: HYPELIVE-MY.TIXR.COM/POPUPMUZIK

Instagram: @popupmuzik.my

Must-Watch Video

Advertisement