Skip to main content

Filem

Poster TERBANG Jadi Buruan, Peminat Berlumba-Lumba Lengkapkan Semua Koleksi

Poster TERBANG Jadi Buruan, Peminat Berlumba-Lumba Lengkapkan Semua Koleksi

Sekilas

  • Filem tempatan TERBANG mendapat sambutan hangat dengan peminat gigih mengumpul koleksi poster khas dalam 14 variasi negeri di Malaysia.
  • Ramai peminat sanggup berbelanja lebih dan minta bantuan dari negeri lain untuk melengkapkan koleksi poster TERBANG.
  • TERBANG, arahan Chiu Keng Guan dan diinspirasikan oleh legenda rali Karamjit Singh, kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Sambutan terhadap filem tempatan TERBANG semakin meriah apabila ramai penonton dilihat gigih memburu koleksi poster khas filem berkenaan yang hadir dalam 14 variasi mengikut negeri di Malaysia.

Menerusi beberapa perkongsian dalam media sosial, rata-rata peminat meluahkan hasrat untuk mengumpulkan kesemua poster tersebut sehingga ada yang sanggup meminta bantuan individu dari negeri lain bagi melengkapkan koleksi.

Advertisement

“Can someone help me take Sabah version TERBANG poster. Really want this poster. The ticket fee and delivery fee I will cover. Hope can find as soon as possible,” tulis seorang pengguna.

Tidak kurang juga yang terkejut melihat kesungguhan peminat mengumpulkan kesemua versi poster sehingga mencetuskan perbualan mengenai jumlah tontonan yang diperlukan untuk melengkapkan koleksi tersebut.

“Kalau dia collect 14 negeri maknanya he paid for 14 shows. Power,” komen seorang lagi pengguna.

Advertisement

Malah, ada yang mencadangkan pihak Astro Shaw mengadakan cabaran khas buat peminat yang berjaya mengumpulkan kesemua poster dalam tempoh paling singkat.

“Astro Shaw tak nak buat ke siapa yang dapat kumpul semua poster paling cepat ni dapat menang hadiah. Tunjuk bukti resit GSC sekali supaya tiada unsur poster ciplak,” tulis seorang netizen.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama, kepercayaan dan perjuangan pasukan dalam mencapai kejayaan.

Filem tersebut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Ruminah Sidek, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement