Skip to main content

Hiburan

Posting Isa Khan Cetus Tanda Tanya, Beri Bayangan Sudah Solo? - “Sudah Takdir, Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”

Isa Khan

Sekilas

  • Isa Khan memuat naik video di Instagram yang memberi bayangan dia sudah kembali solo dengan kapsyen tentang cinta yang hanya kekal pada Yang Esa.
  • Video tersebut menggunakan lagu Sumpah Dan Cinta Matiku oleh kumpulan Indonesia, Nidji, dan mendapat pelbagai komen kata-kata semangat dari warganet.
  • Tinjauan Gempak mendapati tiada lagi gambar Isa bersama isterinya, Risteena Munim, yang mereka nikah pada 12 Mac 2021, di Instagram Isa.

Hantaran terbaharu pelakon, Isa Khan telah menyorot perhatian ramai apabila seakan memberi bayangan dirinya sudah kembali solo.

Menerusi Instagram (IG), Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid bin Ali Dad Khan dilihat memuat naik video dirinya yang sedang berjalan dengan berlatarbelakangkan lagu Sumpah Dan Cinta Matiku nyanyian asal kumpulan Indonesia, Nidji.

Di ruangan kapsyen, Isa memaklumkan bahawa tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada Yang Esa.

“Sesungguhnya cinta manusia tiada yang kekal kecuali cinta pada yang abadi.

“Sudah takdir untuk jalan sendiri, cerita kita hanya sampai di sini,” kongsinya.

Perkongsian tersebut kemudiannya menuai komen warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat Isa.

Sementara itu, tinjauan Gempak mendapati tiada lagi gambar Isa bersama isterinya yang juga pelakon, Risteena Munim di IG miliknya.

Untuk rekod, Isa dan Risteena sah menjadi suami isteri pada 12 Mac 2021 yang lalu.

Sumber: IG Isa Khan

Must-Watch Video

Advertisement