Sekilas
- Chazynash berkongsi momen manis bersama keluarga wanita yang dipercayai kekasihnya di Instagram dengan busana sedondon kuning cair.
- Foto barang hantaran seperti cincin dan kek bertulis 'For My Love' menguatkan spekulasi dia bakal melangkah ke fasa baru selepas bercerai awal tahun ini.
- Netizen memberikan ucapan tahniah dan doa agar segala urusan Chazynash dan pasangannya dipermudahkan.
Perkongsian terbaharu pempengaruh media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah di Instagram (IG) telah menyorot perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dibuat, Chazynash dilihat memuat naik beberapa foto serta video memaparkan momen manis keluarganya bersama keluarga seorang wanita yang dipercayai kekasihnya.
Chazynash serta wanita yang tidak didedahkan wajah itu kelihatan sama cantik sama padan selepas mereka dilihat mengenakan busana sedondon berona kuning cair.
“Setiap permulaan dan pengakhiran adalah milik Allah. Semoga Allah mempermudahkan segala yang ditetapkan buat kami, insya-Allah.
“P/S: With respect to the past dan percaya kepada perancangan Allah,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga foto memaparkan beberapa barang hantaran seperti cincin serta kek bertulis ‘For My Love’ dikongsikan Chazynash.
Perkongsian itu seakan menguatkan lagi spekulasi mengatakan bapa kepada tiga orang anak itu bakal melangkah ke fasa seterusnya selepas bercerai pada awal tahun lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Chazynash dan pasangannya dipermudah.
Imbas kembali, Chazynash mengesahkan dia sudah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di IG.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Sumber: IG Chazynash