Sekilas
- Ungku Ismail Aziz berkongsi foto mesra bersama isteri, Nad Zainal, di Instagram sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perselisihan faham.
- Pelakon drama Honey Trap itu berseloroh agar mereka sama-sama memuat naik gambar untuk mengelak salah faham di masa depan.
- Ungku Ismail dan Nad Zainal berkahwin pada Januari 2023 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.
Pelakon, Ungku Ismail Aziz menyorot perhatian menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naiknya di Instagram.
Menerusi perkongsian dibuat, Ungku Ismail dilihat memuat naik foto mesranya bersama isteri yang juga pelakon, Nad Zainal.
Di ruangan kapsyen, pelakon drama Honey Trap itu berseloroh mengatakan bahawa hantaran tersebut dimuat naik sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ jika berlaku perselisihan faham antara mereka pada masa akan datang.
“Post lah satu gambar dengan dia. Nanti tak pasal-pasal masa gaduh tiba-tiba dia tanya, ‘Pernah ke you…’.
“Huhu. Errr sayang, collaborate (posting) okay?,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya menuai respon warganet yang rata-ratanya terhibur dengan Ungku Ismail.
Sekadar info, Ungku Ismail dan Nad Zainal mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indra Puteh yang kini berusia dua tahun.
Sumber: IG Ungku Ismail