Skip to main content

Selebriti

Power! ‘Atuk’ Umur 90 Tahun Diumum Juara Bina Badan

Power! ‘Atuk’ Umur 90 Tahun Diumum Juara Bina Badan

Sekilas

  • Toshisuke Kanazawa, warga emas berusia 90 tahun dari Hiroshima, memenangi Kejohanan Bina Badan Masters Jepun dalam kategori 85 tahun ke atas.
  • Beliau telah meraih gelaran kebangsaan ke-19 selepas menewaskan tujuh peserta lain dalam pertandingan tersebut.
  • Kanazawa pernah menjadi atlet renang dan juara Mister Jepun sebelum beralih ke bina badan, serta pernah bersaing dalam pertandingan Mr Universe pada 1967.
Advertisement

Seorang warga emas, Toshisuke Kanazawa di Hiroshima yang baru sahaja merayakan ulang tahun kelahirannya yang ke-90 telah berjaya memenangi satu lagi pertandingan utama bina badan.

Menurut laporan saluran berita The Guardian, kejayaan menewaskan tujuh peserta lain dalam kategori 85 tahun ke atas di Kejohanan Bina Badan Masters Jepun itu menandakan gelaran kebangsaan dia yang ke-19.

Advertisement

Dilahirkan di wilayah Shimane pada tahun 1936, Kanazawa pada asalnya merupakan atlet renang bagi acara 1,500 meter gaya bebas. 

Namun, masalah otot yang dialami telah meranapkan impian Olimpiknya, sekali gus mendorong dirinya mengalihkan fokus ke arena bina badan profesional.

Usahanya membuahkan hasil apabila dia merangkul gelaran Mister Jepun pada usia 24 tahun, sebelum mengulanginya tiga tahun kemudian. 

Advertisement

Dia juga pernah menduduki tempat keempat dalam pertandingan Mr Universe 1967 di Montreal, bersaing di pentas yang sama dengan Arnold Schwarzenegger dan juara ketika itu, Sergio Oliva.

Sejak mencecah usia 80 tahun, Kanazawa telah meraih enam kejohanan World Masters.

Sumber: Kosmo! Online

Anda mungkin berminat dengan

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement