Skip to main content

Hiburan

Prince Syed & Isteri Semakin Pulih, Terkilan Ada Yang Anggap Masuk Hospital Sekadar Lakonan - “Sampai Hari Ini Kepala Saya Masih Sakit”

Prince Syed

Ringkasan AI

  • Prince Syed kini semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital pada 9 November lalu akibat kecederaan di kepala.
  • Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu iktibar dan menerima dengan reda apa yang berlaku.
  • Prince Syed menafikan dakwaan bahawa gambar dirinya di hospital adalah lakonan.
  • Isterinya, Fatin Syazwani Ishak, juga dilaporkan semakin sihat selepas menjalani pembedahan bariatrik.
  • Prosiding mahkamah melibatkan mentua dan dua ipar Prince Syed diteruskan dengan mereka mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed memaklumkan keadaan kesihatannya semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital pada 9 November lalu.

Menurut Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, dia menganggap ada hikmah disebalik perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya sudah semakin pulih.

“Sebenarnya saya ini seorang yang tak suka melatah dan saya hanya menjadikan apa yang terjadi sebagai iktibar. 

“Saya juga reda dengan apa yang terjadi sebab mungkin hikmah dari kejadian itu ialah kita dapat menghapuskan segala dosa kita yang lama-lama,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, pempengaruh berusia 33 tahun ini meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang mendakwa gambar dirinya yang sedang terlantar di katil hospital hanyalah sekadar lakonan.

Bercerita lanjut, Prince Syed memaklumkan bahawa gambar tersebut merupakan keadaan dirinya sewaktu mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas kejadian dihempuk di bahagian kepala.

“Masuk hospital hari itu pun orang kata lakonan pula. Sebenarnya saya pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan susulan kepala saya dihempuk dan dipukul seperti mana yang tular di media sosial.

“Kalau ikutkan, sampai ke hari ini kepala saya masih sakit lagi,” kongsinya.

Sementara itu, isteri kepada Prince Syed iaitu Fatin Syazwani Ishak hanya memberikan jawapan ringkas ketika ditanya mengenai keadaan kesihatannya selepas melakukan prosedur pembedahan bariatrik.

“Semakin baik, Alhamdulillah,” jawabnya.

Terdahulu, Prince Syed dan isteri hadir ke Mahkamah Majistret Klang bagi mendengar prosiding pertuduhan melibatkan mentuanya iaitu Aminah Haniffa danIshak Saif beserta dua adik iparnya iaitu Muhd Ikhwan Alif dan Muhd Syahmi Faiz.

Pada prosiding tersebut, mentua dan dua ipar kepada Prince Syed mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Mereka membuat pengakuan itu dihadapan Majistret, Siti Zubaidah Mamat.

Bagi kes melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka kemudiannya diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang manakala Muhd Syahmi Faiz diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Must-Watch Video

Advertisement