Sekilas
- Prince Syed kecewa dengan tuduhan netizen yang mengatakan dia gagal menjaga isteri dengan baik.
- Dia menegaskan sentiasa berusaha menjadi suami bertanggungjawab dan tidak pernah menghalang isteri berjumpa keluarga.
- Syed berkongsi rasa terkilan apabila kenyataan palsu menyebabkan orang luar salah faham tentang hubungan mereka.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed terkilan dengan sikap segelintir netizen yang sewenang-wenangnya menuduh dirinya gagal menjaga isteri dengan baik.
Menganggap tuduhan itu tidak berasas, Syed berkata, dia sentiasa berusaha menjadi suami yang bertanggungjawab.
"Sekiranya apa yang saya katakan selama ini adalah bohong, saya akan menerima balasan pedih bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
"Saya terlalu sayang isteri saya, saya tidak boleh hidup jika tiada dia di sisi. Pengalaman yang terjadi kepada kakak saya membuatkan saya mahu menjaga isteri saya dengan baik.
"Tetapi bila ada orang tuduh saya tidak pandai menjaga isteri, samakan saya dengan individu yang suka menyeksa isteri, saya sangat terkilan.
“Sebab saya sedaya upaya mahu menjadi seorang suami yang baik,” kata Syed yang berkongsi perkara itu menerusi saluran podcast ikstudio.
Dalam masa sama, Syed turut menegaskan dirinya tidak pernah menghalang isteri daripada berjumpa dengan keluarganya.
"Sepanjang perkahwinan, saya tak pernah larang isteri berjumpa dengan keluarga dia. Siapa saya perlu halang isteri daripada berjumpa keluarga.
“Ibaratnya kalau saya sendiri tidak dapat jumpa keluarga, apa perasaan saya? Keluar macam-macam kenyataan daripada pihak lain, sehingga orang luar percaya. Saya dan isteri tertanya-tanya apa yang kami lakukan,” ujarnya.
@ikstudio.my "Kenapa org buat macam ni kat aku 😭 "- @Prince Syed Couture #viral #trending #bariatrik #princesyed #fyp ♬ Sad Violin - Oleg Kirilkov