Skip to main content

Hollywood

Priscilla Dedah Elvis Presley Hilang Minat Lakukan S*ks Selepas Lisa Marie Lahir

Priscilla

Mantan isteri Elvis Presley, Priscilla, mendedahkan pesohor legenda Hollywood itu tidak lagi melakukan hubungan seks dengannya seperti pasangan suami isteri yang lain selepas dia melahirkan anak perempuan mereka, Lisa Marie Presley.

Pendedahan itu dibuat dalam tulisan buku memoir miliknya, Softly, As I Leave You: Life After Elvis yang diterbitkan baru-baru ini.

Advertisement

“Elvis hilang minat secara seksual terhadap saya selepas Lisa dilahirkan. Dia tidak pernah melakukan itu (seks) dengan wanita yang telah melahirkan anak,” dedah wanita itu seperti dilaporkan People.

Priscilla yang kini berusia 80 tahun juga mendakwa Elvis pernah meminta dia mengugurkan Lisa yang masih dalam kandungannya.

Malah katanya, Elvis hanya melakukan hubungan seks dengannya selepas dia meminta cerai.

“Kami melakukan seks buat kali terakhir sebelum berpisah,” dakwa bintang filem The Naked Gun itu lagi.

Priscilla pertama kali berjumpa Elvis ketika berusia 14 tahun. Mereka kemudian berkahwin sewaktu Priscilla berumur 21 tahun, pada Mei 1967.

Pada Februari 1968, dia melahirkan satu-satunya anak perempuan mereka, Lisa.

Namun Priscilla meminta cerai daripada Elvis selepas Lisa berusia empat tahun.

Dia menolak dakwaan bercerai dengan ikon muzik itu pada 1972 kerana curang dengan guru karatenya, Mike Stone.

“Hubungan rumah tangga kami sudah goyah jauh sebelum isu itu.

“Saya tidak pernah membenci Elvis, saya cintai dia daripada hari pertama bertemu sehingga kami berpisah.

“Saya tinggalkan Elvis bukan kerana tidak lagi mencintainya. Tapi seperti dia mencari makna kehidupannya sendiri, begitu juga saya,” katanya.

Elvis meninggal dunia pada usia 42 tahun di tahun 1977.

Must-Watch Video

Advertisement